Pemain Persipura Jayapura Akui Bola Sepak Malaysia Lebih Baik Berbanding Indonesia

Malaysia sering kali tidak dapat lari dari menjadi subjek kepada perbandingan dengan negara jiran iaitu Indonesia.

Dalam hal bola sepak juga sama, ada sahaja yang perkara yang akan buatkan negara kita dibandingkan bersama-sama dengan mereka.

Bagi bekas pemain Pulau Pinang iaitu Hilton Moreira, beliau mengakui bola sepak Malaysia lebih baik berbanding Indonesia.

Beliau yang begitu lazim dengan kancah bola sepak Indonesia mengakui beberapa kekurangan yang beliau lihat di sana tetapi cukup lengkap apabila beliau bersama Harimau Kumbang di Malaysia.

Pertamanya adalah kerana tahap profesional bola sepak Malaysia lebih tinggi berbanding Indonesia.

Menurut Moreira, pasukan di Liga Malaysia mempunyai tahap profesionalisme yang lebih baik berbanding pasukan di Indonesia.

Hal ini dapat dilihat menerusi tahap kualiti padang di stadium setiap pasukan bertanding dan juga fasiliti padang latihan yang lebih elok disediakan oleh pasukan Liga Malaysia.

Hilton Moreira pernah beraksi di Liga Malaysia bersama Pulau Pinang. Gambar: Penang FA

Satu perkara yang menjadi perbezaan ketara antara kedua-dua kancah bola sepak adalah dari segi penguatkuasaan peraturan.

Kata Moreira, Liga Malaysia bersikap lebih tegas dalam menguatkuasakan peraturan berbanding pengajur liga di Indonesia.

Hal ini dapat disaksikan apabila pihak pengajur liga berlaku adil dalam baik terhadap pemain mahupun pengadil.

“Di Malaysia, jika kita sentuh pengadil maka kita akan dihukum 6 bulan.”

“Tetapi jika pengadil yang melakukan kesilapan, mereka yang akan dihukum oleh pihak atasan dan bukannya pemain,” kata beliau dalam satu temuramah bersama IndoSport.

Walaupun Liga Malaysia lebih profesional di mata Moreira, namun beliau berasakan suasana bola sepak yang lebih meriah dirasakan di negara jiran.

Moreira berasakan penyokong di Malaysia tidak begitu terdorong untuk memenuhkan stadium untuk melihat pasukan mereka beraksi.

Hilton Moreira ketika menyarung jersi Sriwijaya FC. Gambar: Goal

Akan tetapi di Indonesia, setiap penyokong akan berusaha memenuhkan stadium mereka. Jika Persija Jakarta beraksi di Gelora Bung Karno, para penyokong mereka akan cuba memenuhi segenap sudut stadium tersebut.

Moreira dianggap sebagai antara pemain yang cukup lama beraksi di Indonesia.

Beliau pernah beraksi untuk Deltas Sidoarjo, Persib Bandung, Sriwijaya FC, Persija Jakarta dan kini Persipura Jayapura.

Beliau beraksi untuk Pulau Pinang pada 2013 hingga 2016.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN