Manchester United kembali meraih kemenangan selepas tewas pada dua perlawanan terdahulu menenentang Brighton & Hove Albion serta Tottenham Hotspur apabila berjaya menundukkan Burnley 2-0 di Turf Moor.
Perlawanan yang menyaksikan Romelu Lukaku menjaringkan dua gol itu turut dicemari insiden kad merah yang dilayangkan terhadap Marcus Rashford selepas pergeserannya bersama Phil Bardsley.
Paul Pogba turut kecewa apabila beliau gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-69.
Penyokong Manchester United turut menunjukkan protes mereka terhadap naib pengerusi kelab, Ed Woodward dengan menerbangkan sepanduk ‘Ed Woodward – a specialist in failure’.
Woodward dikatakan tidak memberikan kerjasama buat Mourinho dalam usaha untuk membawa masuk pemain baharu pada musim ini.
Manchester United hanya merekrut tiga orang pemain baharu iaitu Lee Grant, Diogo Dalot dan Fred.
‘’Anda tahu, pada perlawanan ini saya tidak memandang ke langit melainkan untuk meminta pertolongan (dari Tuhan).’’
‘’Saya tidak melihat kapal terbang tetapi Ed Woodward telah memenangi perlawanan pada tengah hari (malam) ini. Dia menang 2-0,’’ ujar Mourinho dalam sidang media selepas perlawanan.
Ketika ditanya sama beliau gembira dengan kemenangan kedua itu, beliau menjawab:
‘’Sudah tentu dan saya merasakan ada dalam kalangan anda semua kecewa kerana ia lebih baik sekiranya kami tewas. Tetapi saya merasakan persemabahan kami sangat baik sejak bola pertama disentuh.’’
‘’Saya rasa selepas sepuluh minit beraksi, kami bermain dengan sangat baik dan kami terlepas beberapa peluang mudah. Kami seharusnya mematikan perlawanan dengan lebih awal dan menang dengan keputusan yang lebih besar.’’
‘’Tetapi persembahan yang ditampilkan cukup baik, sangat kental dan mata yang penting.’’