Joe Gomez: Kami Tidak Mahu Alisson Becker Mengubah Caranya

Gomez

Umum sudah mengetahui kesilapan yang dilakukan penjaga gol Liverpool, Alisson Becker sehingga menghadiahkan jaringan buat Leicester City tempoh hari.

Kesilapan itu juga menyebabkan pintu gol pemain dari Brazil itu bocor buat kali pertama selepas melalui empat perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Mujur perlawanan yang berlangsung di King Power Stadium itu masih dimenangi The Reds, jika tidak Alisson mungkin akan dikritik dengan begitu hebat ekoran kesilapannya itu.

Dalam insiden tersebut, Alisson cuba untuk menggelecek Kelechi Iheanacho, namun usahanya gagal lalu memberikan peluang buat Rachid Ghezzal untuk gol saguhati buat Leicester City.

Namun begitu, bagi rakan sepasukan di Liverpoo seperti Joe Gomez jelas mempertahankan apa yang telah dilakukan penjaga gol antarabangsa Brazil itu.

‘’Ini merupakan cara dia bermain dan saya rasa semua orang mahukannya untuk terus melakukan perkara tersebut.’’

‘’Setiap masa dia memberikan kami keyakinan yang mana kami boleh berasi dan ia memberi banyak tekanan buat kami.’’

‘’Setiap orang mempunyai gaya bermain tersendiri dan kami tidak mahu dia mengubahnya. Saya merasakan dia yakin dan akan terus melakukan perkara sedemikian.’’

Dalam pada itu, Joe Gomez gembira dengan pencapaian Liverpool meraih kemenangan walaupun rekod tanpa dibolosi mereka lebur dek kerana sedikit kealpaan ditunjukkan Alisson Becker.

‘’Saya rasa kami layak untuk memperoleh kemenangan. Sememangnya sangat penting buat kami untuk mendapatkan tiga mata.’’

‘’Kami gembira untuk melakukannya kerana ia tidak mudah untuk datang ke sini (King Power Stadium), tetapi diakhirya kami layak memenangi perlawanan.’’

‘’Sebagai satu pasukan kami bermain untuk mengelakkan dari dibolosi, ia sangat penting dan ia juga merupakan asas untuk anda kerana sekiranya mereka tidak menjaringkan gol, anda tidak akan mengalami kekalahan.’’

‘’Kami tidak akan terganggu dengan keadaan ini dan tahu kami akan dapat menahan tekanan tersebut dan itu merupakan perkara utama. Kami mengambil tiga mata penuh itu berbanding soal ‘clean sheet’.’’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN