Pengurus Manchester United, Jose Mourinho diramalkan bakal dipecat selepas Manchester United mengalami satu lagi kekalahan, tewas 1-3 kepada West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris menurut ramalan daripada Legenda bola sepak England, Alan Shearer.
Bekas legenda United, Rio Ferdinand pula menjangkakan satu keputusan besar akan dibuat Red Devils dalam masa terdekat.
Manchester United staff believe José Mourinho could be sacked by the end of this week. (Source: Daily Mail) pic.twitter.com/oxCu2XvkJv
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) September 30, 2018
“Saya fikir, Jose Mourinho akan hilang jawatan.
“Saya tidak nampak dia mampu melakukan perubahan. Mereka tiada harapan dari awal hingga akhir, permainan terlalu lambat serta tiada tenaga,” kata Shearer ketika menjadi pengulas BBC.
Ferdinand yang bertindak sebagai pengulas BT Sport pula berkata, pemain senior di Old Trafford perlu mengadakan perbincangan serius mengenai kemerosotan prestasi yang dialami United ketika ini.
“Sebagai pemain bola sepak, kerja keras dan usaha sepatutnya menjadi DNA anda tetapi saya tidak lihat perkara itu hari ini.
“Saya tidak nampak pemain melakukan hantaran yang baik, saya tidak nampak mereka bermain dengan bersungguh-sungguh,” kata Ferdinand.
"I want him gone tomorrow!"
This #MUFC fan wants José Mourinho out after their worst top-flight start in 29 years. #BBC606 pic.twitter.com/kLwC1frDtm
— BBC 5 Live Sport (@5liveSport) September 30, 2018
Dalam aksi di Stadium London, United ketinggalan seawal minit kelima menerusi jaringan Felipe Anderson, sebelum gol sendiri Victor Lindelof pada minit ke-43 menjadikan kedudukan 2-0.
Marcus Rashford merapatkan jurang 1-2 pada minit ke-71, namun tuan rumah tidak menunggu lama untuk meledak gol ketiga menerusi Marko Arnautovic, tiga minit kemudian.
Kekalahan ketiga daripada tujuh perlawanan musim ini meletakkan United di tangga kelapan liga, malah ini kekalahan kedua berturut-turut selepas tersingkir di tangan Derby County dalam pusingan ketiga Piala Liga, Rabu lalu