Pemain NFDP Menangis ‘Ayah’ Mereka Dikecam Hebat Oleh Netizen

Kegagalan skuad bawah 16 tahun negara melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia B-17 tahun depan baru-baru ini mengundang macam-macam kecaman dan kritikan hebat daripada pelbagai pihak.

Malah, pemain skuad itu yang dibentuk daripada Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) itu sangat kecewa dengan tindakan netizen mengecam jurulatih mereka iaitu Lim Teong Kim yang dianggap bagaikan ‘ayah’ sendiri.

Pemain tengah skuad B-16 negara, Harith Haiqal mengalirkan air mata apabila berbicara kepada Berita Harian mengenai bekas pemain kebangsaan berusia 55 tahun itu.

“Tak patut buat jurulatih macam itu. Mereka tak kenal beliau tak tahu perangainya. Memang nampak macam ego dan sombong, tapi sebenarnya jurulatih fokus, tegas dan mempunyai karakter lain daripada yang lain,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Jaringan penyamaan daripada Firdaus yang merupakan anak kepada bekas kapten skuad Harimau Malaya, Kaironissam Sahabudin ketika menentang Thailand. FOTO: FAM

Seorang lagi pemain tengah pasukan itu, Umar Hakeem Suhar turut berasa sedih apabila ‘ayah’ mereka itu turut dipecat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai jurulatih skuad bawah 16 tahun negara.

“Tak sepatutnya beliau dikecam dan disalahkan selepas kami kalah dan gagal layak ke Piala Dunia.

“Sebenarnya kami dah berusaha sedaya upaya untuk mencapai sasaran tapi dalam bola sepak kadangkala tuah tidak menyebelahi.

“Bayangkan kami dah berlatih selama empat tahun dan banyak masa serta tenaga dihabiskan, begitu juga dengan jurulatih (Teong Kim) yang berkorban segala-galanya untuk memastikan kami bersedia menghadapi kejohanan.

“Paling saya terkilan apabila semua orang mengkritik beliau dan paling sedih terus memecat jurulatih. Mereka kena faham kami masih dalam proses pembangunan dan jika kami tak berjaya sekarang mungkin dua atau tiga tahun akan datang kami berjaya.

“Jepun pun bermula dari usia tujuh tahun dan memerlukan 10 tahun untuk membentuk pasukan. Kami baru empat tahun saja dan kalau kami gagal ke Piala Dunia B-17, mungkin kami akan tampil lebih kuat dan layak ke Piala Dunia B-20 pula,” jelasnya.

Penjaga gol negara, Abdul Alim Al-Amri Ali menafikan Teong Kim adalah seorang jurulatih yang sombong dan angkuh sebaliknya menganggap beliau ialah seorang ‘Ayah’ yang mengajar anaknya menjadi orang yang berguna.

“Ada yang kata beliau sombong, tapi sebenarnya beliau seorang yang baik hati dan peramah. Orang yang tak kenal beliau akan fikir begitu. Cuma beliau nampak tegas saja dari jauh dan itulah karakter beliau.

“Di Malaysia jarang ada jurulatih yang mempunyai karakter seperti beliau. Bagi saya beliau seperti Jose Mourinho yang tegas dalam tugas dan mahukan yang terbaik.

“Malah, kalau nak tahu, beliau bukan saja mahu kami bermain bola sepak tapi juga mahu kami jadi manusia yang berguna. Jurulatih selalu cakap, bola sepak bukan soal menang atau kalah tapi ia mengenai kehidupan bagaimana untuk mencapai misi dan matlamat dalam hidup,” kata Alim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN