Jose Mourinho Akui Tidak Akan ‘Melarikan Diri’ Walaupun Berdepan Kritikan Hebat Selepas Tersingkir

Mourinho

Pengendali Manchester United, Jose Mourinho menjawab kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya ekoran kegagalan Manchester United melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Pengurus kelahiran Portugal itu menegaskan bahawa beliau tidak akan ‘lari atau menghilangkan diri’ daripada tanggungjawabnya selepas tewas 2-1 ditangan Sevilla tempohari.

Taktik yang diterapkan Mourinho telah menyebabkan rasa ketidakpuasan hati dalam penyokong Manchester United ketika ini.

”Saya mengatakan kepada penyokong bahawa mereka adalah penyokong dan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat dan reaksi mereka. Tetapi ianya dalah sesuatu yang saya gelarkan sebagai warisan bola sepak,” jelas Mourinho.

”Apa yang telah diwariskan oleh seseorang pengurus adalah seperti kali terakhir Manchester United berada dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, sesuatu yang tidak banyak berlaku. Ianya adalah pada tahun 2011.”

”Sejak tahun 2011, mereka tersingkir pada peringkat kumpulan di tahun 2012 dimana kumpulan yang lebih kurang sama pada musim ini, Benfica, Basel dan Otelul Galati dari Romania. Tersingkir pada peringkat kumpulan.”

”Dalam masa tujuh tahun dengan empat pengurus yang berbeza, Manchester United tidak melayakkan diri ke saingan Eropah sekali, dua kali tersingkir di peringkat kumpulan dan yang terbaik adalah layak ke suku akhir, inilah warisan bola sepak.”

”Dan jika anda melihat di saingan Liga Perdana Inggeris, kejuaraan terakhir adalah pada musim 2012/13 dan empat tahun berturut-turut United menamatkan saingan di tempat ketujuh, empat, lima dan enam. Jadi, dalam empat tahun terakhir, yang terbaik adalah tempat keempat.”

”Adakah anda tahu apa lagi merupakan warisan? Ianya adalah Otamendi, Kevin De Bruyne, Fernandinho, Silva, Sterling dan Aguero, mereka adalah pelaburan pada masa lalu, bukan dari dua musim terakhir. Anda tahu berapa ramai pemain United yang meninggalkan pasukan pada musim lalu?”

”Lihat dimana mereka beraksi, bagaimana mereka beraksi dan jika mereka beraksi. Itu adalah warisan bola sepak dan pada satu hari, apabila saya meninggalkan Manchester United, pengurus seterusnya akan mencari Lukaku, Matic dan sudah tentu De Gea.”

”Mereka akan mencari pemain dengan mentaliti yang berbeza, kualiti dan latar belakang yang berbeza serta status yang berbeza.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN