Status masa depan pemain handalan Manchester United, Cristiano Ronaldo tidak lagi diketahui setakat ini.
Beliau mungkin akan terus bersama-sama The Red Devils namun begitu, segalanya mungkin dapat diubah dengan pemain tersebut dilihat kecewa dengan perkembangan United ketika ini.
Dan kini, Ronaldo berpotensi akan meninggalkan United dengan potensi perpindahan ke kelab utama Perancis.
Menurut laporan Le Parisien, ejen Ronaldo iaitu Jorgen Mendes sebenarnya telah menawarkan khidmat pemain Portugal itu kepada Paris Saint-Germain (PSG) untuk ‘melarikan diri’ dari Old Trafford.
Mendes sebenarnya telah menawarkan khidmat Ronaldo kepada ketua PSG, Naseer Al-Khelaifi diatas faktor rapatkan ukhwah mereka sebagai rakan.
Akan tetapi, Al-Khelaifi terpaksa menolak cadangan tersebut kerana beliau berasakan tiada ruang untuk Ronaldo dalam skuad PSG yang sudah penuh dengan pemain-pemain handalan dunia terutamanya di bahagian serangan.
Setakat ini, PSG ada Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Neymar sebagai teraju utama serangan PSG.
Selain itu, kontrak yang cukup lumayan telah diberikan kepada pemain yang sedia ada terutamanya Mbappe yang baru-baru ini menerima wang cukup besar dari PSG.
Drama perpindahan Ronaldo ini semakin sukar kerana pilihan untuk beliau berpindah tidak begitu banyak. Setakat ini, hanya PSG dan Bayern Munich sahaja yang dikaitkan dengan Ronaldo.
Akan tetapi, Bayern pada awal-awal lagi sudah tarik diri dan tidak mahu dikaitkan dengan Ronaldo.
Kemahuan Ronaldo untuk berpindah begitu jelas apabila pemain itu tidak mengikuti jelajah United ke Asia sambil tidak menghadiri latihan pra-musim atas faktor “masalah keluarga”.