RASMI: Brad Maloney Dilepaskan FAM Selepas 8 Tahun Berkhidmat

Brad Maloney

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara rasminya telah melepaskan jurulatih skuad B-23 negara iaitu Brad Maloney.

Dalam sebuah siaran rasmi yang dikeluarkan oleh FAM, Maloney dilepaskan atas persetujuan bersama selepas jurulatih asing itu gagal memberikan impak yang diharapkan dalam saingan Sukan SEA serta Piala Asia B-23 baru-baru ini.

Ketika saingan Sukan SEA dan Piala Asia B-23 yang lalu, Maloney jelas sekali gagal memberikan impak yang diharapkan dengan skuad negara gagal memperoleh keputusan positif dari dua kejohanan itu.

Maloney walaupun dilepaskan, beliau tetap berterima kasih kepada FAM selepas berkhidmat bersama-sama skuad remaja kebangsaan dari tahun 2014.

Bermula dengan jawatan pembantu kepada Datuk Ong Kim Swee dalam skuad B-23, Maloney kemudiannya menjadi jurulatih skuad B-19 dan kemudiannya skuad B-23 kebangsaan.

“Maloney merakamkan ucapan terima kasih kepada FAM kerana telah memberi peluang untuk beliau berkhidmat selama lapan tahun sejak 2014 yang mana ia telah banyak membantu dalam meningkatkan karier kejurulatihannya bermula sebagai penolong jurulatih B-23 kebangsaan kepada Datuk Ong Kim Swee sehinggalah dilantik sebagai ketua jurulatih B-19 kebangsaan pada 2019 dan seterusnya ketua jurulatih B-23 kebangsaan,” ujar FAM dalam siaran media mereka.

FAM kini bakal memulakan pencarian jurulatih baharu untuk skuad B-23 dan ianya pasti menarik untuk disaksikan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN