Baru-baru ini dalam satu sidang media khas, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah mengumumkan pemain baharu yang sah bakal menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Jordi Amat untuk terus memperkukuhkan pasukan di posisi pertahanan.
Pengesahan tersebut nyata mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong bola sepak termasuk di Indonesia apabila sesetengah daripada mereka amat kecewa dengan perpindahan tersebut.
Jordi Amat signs for 🔵🔴
More photos at https://t.co/e1ln0Pv84m#NewSigning#JDTFamily#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/tXl3HdHhSp
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 29, 2022
Amat sebelum itu dikhabarkan telah menerima tawaran daripada Panathinaikos yang berpangkalan di Greece namun memilih JDT sebagai destinasi seterusnya dalam karier beliau selaku pemain bola sepak profesional.
Pemain yang sedang menunggu masa untuk dinaturalisasikan oleh Indonesia itu mengundang rasa marah dan kecewa dalam kalangan penyokong di sana kerana merasakan Amat sewajarnya beraksi di saingan liga lebih kompetitif dan bukannya di Malaysia.
Semalam, Amat telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu perpindahan beliau di laman Instagram rasmi serta mendapat pelbagai reaksi penyokong.
Menurut beliau, segala tuduhan mengenai dirinya yang ingin mendapatkan pasport Indonesia hanya kerana mahu beraksi bersama JDT adalah tidak benar sama sekali.
Jelas Amat, sebelum beliau membuat keputusan menyertai JDT lagi sudah ada beberapa kelab dari liga yang lebih kompetitif sudah membuat tawaran kepadanya.
Namun Amat ada alasan tersendiri untuk menyertai JDT sebagai destinasi seterusnya dan bukan sekadar kerana tawaran gaji lebih lumayan.
“Hal pertama yang ingin saya klarifikasi adalah semua tuduhan yang salah terhadap saya, yang mengatakan bahwa saya ingin mendapatkan paspor Indonesia hanya untuk bisa sebagai kuota Asia di tim baru saya JDT.
“Saya ingin semua orang tahu bahwa sebelum saya mengambil keputusan ini, saya juga mendapatkan beberapa tawaran dari beberapa Liga-Liga kuat dari negara lainnya,” jelas Amat di Instagram.
Menurut beliau, alasan utama mengapa perpindahan tersebut berlaku kerana Amat mahu beraksi di saingan tertinggi bola sepak Asia iaitu Asian Champions League (ACL).
Selain itu Amat juga akui tujuan beliau bersama JDT kerana mahu cepat menyesuaikan diri dengan suasana bola sepak di Asia.
Dalam kenyataan tersebut, Amat juga kagum dengan fasiliti lengkap yang ada dalam kelab tersebut setelah menerima undangan daripada TMJ.
Dalam masa sama, Amat turut mengakui segala kelengkapan yang ada dalam pasukan tersebut tidak ada dalam mana-mana kelab diwakilinya sebelum itu dan beliau juga menerima saranan daripada rakan-rakan untuk menyertai JDT.
Selain itu, semangat nasionalisme Amat untuk Indonesia sentiasa tidak pernah padam meskipun bakal mewakili JDT di Malaysia.
Welcome to the Home of the Southern Tigers!#JordiAmat#NewSigning#JDTFamily pic.twitter.com/hK2OBaQM0e
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 29, 2022
Ini kerana Amat masih mempunyai keluarga di Makassar, Indonesia dan beliau sendiri bakal bekerja lebih keras sekiranya dipanggil menyertai skuad kebangsaan pada masa akan datang.
Amat juga berharap agar para penyokong menghormati keputusannya menyertai JDT kerana merasakan apa yang dibuat beliau ketika ini adalah tepat dalam karier beliau selaku pemain bola sepak profesional.
“Saya harap teman-teman semua menghormati keputusan saya, saya meninggalkan eropa, keluarga dan teman-teman.
“Saya rasa saya sudah melakukan hal yang benar terhadap perjalanan baru sepakbola dalam hidup saya.”