Perpindahan Jesus Ke Arsenal Bakal Beri Manfaat Kepada Brazil Di Piala Dunia?

Gabriel Jesus merupakan seorang penyerang muda yang berjaya meninggalkan kesan positif pada awal penampilan beliau bersama Manchester City pada tahun 2017.

Lebih menarik ketika awal penampilan Jesus dalam saingan English Premier League (EPL), beliau bermula selaku pemain kesebelasan utama untuk menggantikan penyerang prolifik, Sergio Aguero di bangku simpanan.

Namun segalanya dilihat berubah selepas lima tahun daripada peristiwa tersebut, apabila Jesus dilihat gagal untuk menjadi penerus legasi Aguero selaku penyerang harapan kelab itu dan perkara menjadi lebih sukar apabila City menandatangani Erling Haaland untuk musim hadapan.

Selain Haaland, kelab tersebut turut menandatangani pemain dari Argentina iaitu Julian Alvarez yang turut beraksi selaku penyerang dan memberi tekanan buat Jesus untuk merebut tempat.

Bagi terus mendapatkan tempat bersama Brazil dalam saingan Piala Dunia beberapa bulan akan datang, Jesus dilihat bakal menyertai Arsenal pada musim depan untuk terus mencari minit permainan.

Persoalan utama ketika ini, bagaimana Mikel Arteta bakal menggunakan kelebihan yang ada pada Jesus serta mengenali ciri pemain ini di posisi serangan.

Pada tahun 2017, Jesus jelas merupakan pemain yang serba boleh di bahagian serangan dan berkebolehan mengambil mana-mana tugas dengan cemerlang pada posisi tersebut.

Namun, Jesus dilihat lebih cenderung untuk menjadi penyerang utama pasukan selepas ketajaman pemain ini jelas terbukti dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 apabila ‘debut’ beliau ketika itu bersama Brazil berjaya mengetepikan Ecuador.

Selepas itu, nyata Jesus tidak menoleh belakang lagi apabila mempamerkan karakter beliau selaku salah seorang penyerang berbisa dengan tujuh gol diledak pemain tersebut daripada sembilan perlawanan.

Selepas itu segalanya serba tidak menjadi buat Jesus setelah penyerang itu gagal untuk meledak sebarang gol sepanjang aksi Piala Dunia di Russia sehingga pengendali pasukan, Tite menganggap beliau sepatutnya memberi ruang buat Firmino berbanding pemain berusia 25 tahun itu.

Ketika ini, ada perbandingan yang dibuat membabitkan legenda Brazil iaitu Ronaldo bersama Jesus dari segi corak permainan individu.

Namun perkara tersebut disangkal oleh ramai pihak apabila perbandingan tersebut dilihat tidak perlu dibuat kerana masing-masing berkembang dengan cara tersendiri.

Menurut ESPN, mereka mempersoalkan dimana silapnya pembangunan Jesus ketika ini selaku salah seorang penyerang setelah pemain tersebut mempamerkan aksi cemerlang lima tahun lalu.

Kemasukan Jesus ke Arsenal pastinya memberi visi terbaharu buat Mikel Arteta untuk kembali membentuknya menjadi penyerang yang baik setelah pengendali kelab itu pernah menjadi saksi kehebatan pemain Brazil pada awal karier di City.

Berbaki beberapa bulan sahaja lagi saingan Piala Dunia di Qatar, pastinya Jesus mahu terus mencari minit permainan bersama kelab agar terus terpilih mewakili Brazil.

Bersama Arsenal, pemain ini bakal memulakan segalanya daripada bawah kembali untuk mengenali suasana baharu.

Beliau mungkin bakal memberi impak bersama Arsenal, namun segalanya menjadi lebih penting bagi Jesus kembali memainkan peranan sebagai salah seorang tonggak serangan untuk Brazil.

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN