Jordi Alba bidas Real Madrid kerana seolah-olah gergasi Sepanyol itu memandang rendah kejohanan Copa Del Rey.
Hal ini kerana beliau merasakan Real Madrid ‘sengaja’ untuk tersingkir pada peringkat awal kejohanan.
Tak perlu lagi
Status Barcelona dan Real Madrid sebagai gergasi Sepanyol dan Eropah menjadikan tumpuan mereka saban musim adalah kepada kejuaraan liga serta UEFA Champions League.
Ini menyebabkan Copa Del Rey semakin dipandang enteng oleh gergasi di Sepanyol dan mereka merasakan tidak perlu untuk memandang serius kejuaraan tersebut.
Hal ini jelas berlaku kepada Real Madrid. Di mana Jordi Alba rasakan kelab Madrid tersebut memang sengaja tak mahu menang Copa Del Rey.
“Walaupun saya tak suka Real Madrid, tetapi saya tak rasa mereka perlu kalah di pusingan awal. Mereka seolah-olah pandang rendah kejohanan ini.”
“Kita tak boleh kata yang Copa Del Rey ini tak ada nilai bagi kelab-kelab besar. Kami masih lagi mengejar kejuaraan ini.”
Apa yang dikatakan oleh Jordi Alba itu benar. Hal ini kerana Barcelona telah menang 3 gelaran Copa Del Rey dalam tempoh masa 5 tahun kebelakang ini.
Sementara Real Madrid hanya menang sekali sahaja dalam tempoh itu.
Apa yang dikatakan oleh Jordi Alba ini nampak ada benarnya. Hal ini kerana, musim ini Real Madrid tewas ditangan Celta Vigo di peringkat suku akhir – satu peringkat yang tak sepatutnya kelab seperti Real Madrid tersingkir.
Musim lalu, mereka disingirkan dari kejohanan kerana menurunkan Denis Cheryshev yang ketika itu tidak boleh dimainkan untuk kejohanan Copa Del Rey.
Walaupun Real Madrid sudah tiada lagi di kejohanan Copa Del Rey musim ini, Barcelona masih lagi mempunyai cabaran yang perlu dihadapi untuk memenangi kejuaraan piala nasional Sepanyol itu.
Barcelona perlu menjinakkan Atletico Madrid yang menanti mereka di separuh akhir Copa Del Rey.
Pemenang perlawanan diantara Barcelona dan Atletico Madrid akan bertemu pemenang diantara Celta Vigo dengan Deportivo Alaves.
Baca juga: Arsene Wenger Digantung 4 Perlawanan Selepas Tolak Pengadil Keempat