Jordan Tekad Buktikan Beliau Layak Sarung Jersi Harimau Malaya

Anak kepada bekas penyerang import Sabah, Scott Ollerenshaw iaitu Jordan Ollerenshaw tekad pamer aksi sebenar untuk membuktikan beliau layak mewakili skuad senior kebangsaan suatu hari nanti.

Jordan kini menyertai sesi latihan skuad B-21 kebangsaan bagi menghadapi Piala Newspaper yang bermula 10 Disember ini. Panggilan ke sesi latihan tersebut merupakan peluang keemasan beliau untuk merebut tempat dalam skuad bawah 23 tahun negara bagi menghadapi kelayakan AFC B-23 tahun depan.

Bermain bersama kelab Australia, St. George, dia lebih gemar beraksi di posisi sayap kiri walaupun boleh bermain di bahagian tengah atau kanan.

Menurut Stadium Astro, pemain berusia 20 tahun itu tidak mahu berasa sebarang tekanan walaupun pasti ramai pihak akan membandingkannya dengan Scott.

“Ia bukan tentang membawa nama bapa saya tetapi untuk membina nama sendiri. Walaupun wujud beban besar membawa nama itu, saya cuba yang terbaik.

“Cita-cita saya ingin menyertai skuad senior Malaysia dan dalam masa sama menikmati bola sepak di setiap proses,” kata Jordan.

Sesi latihan skuad bawah 21 tahun negara di Wisma FAM. FOTO: FAM

Pemain baharu masih belum memahami falsafah bolasepak Ong Kim Swee

Sementara itu, jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee, beberapa muka baharu yang dipanggil masih dalam proses untuk memahami taktikal yang ingin diterapkan olehnya.

Falsafah permainan formasi 3-4-3 dilihat masih satu sistem asing kepada majoriti pemain yang hadir daripada skuad Piala Presiden atau Belia.

“Bagi mereka, ia satu sistem baru. Jurang masa agak singkat tetapi saya percaya mereka mampu memahami untuk melakukan perkara yang tepat. Ia akan mengambil masa sehingga bermula saingan Piala Newspaper di Vietnam nanti,” ujar Kim Swee.

Pasukan muda negara bakal menghadapi Kejuaraan Piala Newspaper B-21 dan mereka akan berlepas ke Vietnam pada 10 Disember sebelum kembali ke tanah air pada 19 Disember ini.

Kali terakhir Malaysia bertanding pada Piala Newspaper adalah pada tahun 2014. Malaysia juga berjaya menjulang kejuaraan tersebut pada tahun 2012, ketika itu di bawah kendalian Kim Swee.

Tambah Kim Swee, beliau lebih berminat untuk melihat perkembangan pemain-pemain baharu dipanggil menyertai pa­sukan kebangsaan berbanding memikirkan sentimen Vietnam terhadap Malaysia.

Sebagai rekod, Vietnam berjaya layak ke pusingan akhir AFC B-23, tetapi tewas kepada Uzbe­kistan 1-2 pada masa tambahan.

“Saya tidak mahu memban­dingkan bola sepak Vietnam dengan Malaysia kerana saya mahu tumpukan kepada persiapan kita ke pusingan akhir AFC B-23 di Thailand nanti.

“Jadi, fokus saya kepada pemain-pemain dan prestasi pasukan. Sudah tentu kita mahukan keputusan positif bermain di sana, tetapi pada masa sama kita perlu merancang dengan baik pembangunan pasukan muda negara,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN