Jordan Mintah Rasa Tertipu Bila Terengganu Dijangka ‘Angkut’ Sekali Kipre Tchetche

Jordan Mintan tertipu dengan siapa Terengganu

Penyerang Terengganu II, Jordan Mintah yang tampil baik di saingan Piala Malaysia 2021 untuk skuad utama meluahkan rasa ‘tertipu’ apabila Terengganu dijangka membawa masuk Kipre Tchetche selepas Kpah Sherman.

Kpah Sherman telah sah menyarung jersi Terengganu untuk saingan musim hadapan selepas meninggalkan Kedah Darul Aman FC dan nampaknya, rakan sepasukannya, Kipre Tchetche juga dijangkakan akan turut serta dengannya apabila Kedah secara rasmi mengumumkan yang Kipre Tchetche tidak lagi akan bersama mereka.

Sebagaimana Kpah Sherman, Kipre Tchetche juga sudah dua musim menyarung jersi Hijau Kuning dan kedua-duanya tampil cemerlang membantu Kedah dalam mencipta jaringan. Dalam saingan Liga Malaysia musim lalu, Kipre Tchetche berhasil melakar 11 jaringan sebagaimana musim 2020, juga mencipta 11 jaringan.

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Kipre Tchetche dijangka akan diumumkan kembali ke pangkuan bekas pasukannya itu. Beliau beraksi di pasukan Pantai Timur itu untuk tiga musim iaitu sejak 2017 hingga 2019, sebelum dilamar Aidil Sharin Sahak yang mengendalikan Kedah untuk musim keduanya.

Kipre Tchetche merupakan seorang penyerang, sebagaimana Kpah Sherman. Jika Kpah Sherman lebih kepada pemain nombor 9, penyerang kelahiran Ivory Coast itu pula boleh beraksi di posisi sayap menyerang kanan dan kiri, penyerang kedua dan penyerang utama. Jelas, beliau pemain terbaik telah dipancing Terengganu kali ini.

Twitter Jordan Mintah tertipu

Jordan Mintah yang baru sahaja melanjutkan kontraknya bersama Terengganu dilihat meluahkan rasa tertipu di akaun Twitternya. Ciapnya, “Apabila kepercayaan telah dirosakkan, kita boleh terus kekal berada di rumah.”

Beliau juga meletakkan tanda pagar #NextTeamHomeComing dan telah menimbulkan persoalan, adakah beliau mahu berhijrah ke mana-mana pasukan? Atau beliau akan kembali ke Filipina untuk tampil beraksi di sana?

Sebagaimana yang diketahui, Jordan Mintah meletakkan syarat ketika memilih untuk kekal bersama mereka. “Jurulatih, Badrul Afzan Razali berharap saya kekal de­ngan Terengganu FC II, namun saya mahu beraksi untuk pasukan Liga Super kerana di situ orang lebih nampak kita,” ungkap penyerang berusia 26 tahun itu.

Pemain yang terkenal sebagai ‘Pakar Statistik Jaringan‘ itu sebelum ini telah menarik minat beberapa pasukan, namun mungkin kepercayaannya yang beliau akan diberi tempat dalam skuad utama telah menyebabkan beliau kekal di Terengganu. Begitupun, nampaknya kini, ada orang yang telah memungkiri janji mereka terhadapnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN