Jokowi Restu Hasrat Indonesia Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023

Jokowi Indonesia Piala Asia 2023

Indonesia bakal memasuki perlumbaan bersama beberapa negara lain dalam usaha untuk menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala Asia 2023 bagi menggantikan China yang menarik diri.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Menteri Pemuda dan Olahraha (Menpora), Zainudin Amali selepas mendapat lampu hijau dari Presiden Indonesia, Joko Widodo mengenai hasrat yang dibentang oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

“Ada permintaan dari PSSI untuk kita mau mengajukan diri menjadi tuan rumah Piala Asia. Apa yang disampaikan PSSI kepada saya kemudian dilaporkan ke presiden apakah diizinkan atau tidak?” Kata Zainudin kepada media Indonesia.

“Bapak presiden menyampaikan kepada saya silahkan mengajukan diri dan sampaikan kepada PSSI.”

Justeru itu, beliau telah meminta kepada badan induk bola sepak negaranya itu agar segera mengemukakan permohonan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang membuka tawaran kepada mana-mana negara anggotanya.

Negara lain yang turut melahirkan hasrat sama adalah Korea Selatan, Jepun dan Australia dan rundingan akan dibuat sehingga akhir Jun ini.

Menurut Zainuddin, pihaknya menyokong permintaan PSSI tersebut kerana tarikh kejohanan Piala Asia 2023 tidak jauh dari temasya Piala Dunia bawah 20 tahun (B-20) 2023 yang bakal berlangsung di Indonesia pada 20 Mei hingga 11 Jun 2023.

“Jadi kita dalam keadaan yang siap, infrastruktur masih ada, lalu SDM juga masih ada, sehingga tidak terlalu sulit kita melaksanakan. Itu jadi poin penting untuk kita” tambah anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Jawa Timur itu lagi.

Indonesia layak secara merit ke pusingan akhir selepas muncul naib juara kumpulan A pusingan kelayakan yang berlangsung di Kuwait tempoh hari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN