Lionel Messi Sebenarnya Ada Impian Mahu Beraksi Bersama Sadio Mane

Sadio Mane secara rasminya telah melengkapkan perpindahan beliau menyertai Bayern Munich pada jendela perpindahan musim panas ini.

Bintang kebangsaan Senegal itu telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama gergasi Bundesliga itu.

Bayern Munich menandatangani bintang berusia 30 tahun itu dengan yuran perpindahan bernilai £35.1 juta.

Baru-baru ini, penasihat Mane, Bacary Cisse telah mendedahkan yang Paris Saint Germain (PSG) sebenarnya turut sangat berminat untuk mendapatkan khidmat bekas bintang Liverpool itu.

Walau bagaimanapun, dek kerana masa depan bekas sporting director PSG, Leonardo pada ketika itu masih tidak jelas, maka rundingan tersebut tidak diteruskan.

“Ya, PSG memang ‘menyerang’ Sadio. Leonardo beberapa menghubungi ejen Senegal itu,”

Jelas Cisse kepada media Perancis RMC Sport.

“Mereka bertemu satu sama lain, mereka membincangkan selok belok kemungkinan perpindahan Sadio ke PSG, tetapi ia berakhir di situ.

“Semua orang tahu bahawa Leonardo berada di tempat yang boleh ditendang kami terpaksa menunggu.”

Bacary Cisse turut mendedahkan yang Lionel Messi sebenarnya sangat berminat mahu bergandingan bersama Sadio Mane ketika beliau masih berada di Nou Camp sebelum ini.

Lionel Messi ada impian mahu beraksi bersama Sadio Mane

Lionel Messi pernah memasang impian untuk beraksi bersama Sadio Mane ketika beliau masih berada di Nou Camp pada tahun 2021 yang lalu.

Bintang Argentina itu pernah meletakkan syarat kepada Barcelona untuk membeli Mane jika mahu beliau kekal bersama kelab.

Walau bagaimanapun, Barcelona pada ketika itu tidak menghantar rundingan secara rasmi untuk mendapatkan Mane, dengan Messi sendiri turut meninggalkan kelab untuk menyertai PSG.

“Tahun lalu, ia juga mungkin akan berlaku bersama FC Barcelona.”

Tambah Cisse lagi.

“Lionel Messi menyebut nama Sadio Mane ketika beliau berunding untuk melanjutkan kontraknya bersama Barca.”

“Dia ketika itu ada menyebut dua nama, Sadio Mane dan pemain central defender Argentina.”

Mane akhirnya memilih untuk menyertai Bayern Munich dengan Barcelona pula pada ketika ini sedang dalam usaha mereka mahu mendapatkan Robert Lewandowski dari gergasi Jerman itu.

Pemain kebangsaan Poland itu memiliki baki kontrak selama setahun di Allianz Arena dengan beliau juga turut mendedahkan hasratnya mahu ke Nou Camp.

Antara tujuan utama mengapa Bayern Munich memilih untuk menandatangani Sadio Mane adalah kerana mereka mahu mencari pengganti kepada Lewandowski.

Walau bagaimanapun, selepas berjaya mendapatkan Sadio Mane, Bayern Munich masih lagi belum melepaskan Lewandowski kerana harga yang mereka letakkan tidak dipersetujui oleh Barcelona.

Kedua-dua pasukan masih berunding tentang hal tersebut dengan Barcelona akan terus berusaha untuk mendapatkan pemain sasaran utama mereka itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN