Seperti yang diketahui bahawa legenda Chelsea, John Terry telah dilantik menjadi pembantu kepada pengurus baharu Aston Villa, Dean Smith.
Perlantikan tersebut menyaksikan transisi baharu bakal dihadapi pertahanan yang beraksi buat Aston Villa pada musim terakhirnya sebagai pemain bola sepak profesional itu.
Terry juga menyimpan hasrat untuk mengikuti jejak langkah dua rakan seangkatannya, Frank Lampard dan Steven Gerrard yang kini berperanan sebagai pengurus Derby County dan Rangers.
“Saya sudah bersedia untuk beralih ke fasa seterusnya (selaku pengurus) dalam hidup saya. Mari kita lihat masa depan saya yang membawanya nanti.”
“Diharapkan ia membawa kepada kepada separuh kejayaan saya sebagai seorang pemain bola sepak.”
“Frank (Lampard) merupakan kawan yang baik. Saya melihat dirinya sebagai pengurus. Ia merupakan cita-cita saya (untuk menjadi pengurus) sejak dahulu lagi.”
“Saya mempunyai cita-cita tinggi dan aspirasi untuk menjadi seorang jurulatih, seorang pengurus dalam satu tempoh jangka masa yang panjang.”
“Tetapi, seperti yang saya katakan, ia akan mengambil masa untuk memikirkannya. Itu merupakan perkara yang sangat penting buat saya.”
Pasti menarik untuk disaksika, bekas-bekas bintang yang pernah bersaing hebat dalam saingan Liga Perdana Inggeris mengemudi pasukan masing-masing pada satu hari nanti. Seperti cepat sungguh masa berlalu.