Quantcast

BERITA

Roberto Mancini Akui ‘Bosan’ Selepas Itali Masih Gagal Raih Kemenangan

Roberto Mancini memulakan tugasan bersama skuad kebangsaan Itali pada pertengahan bulan Mei lalu dengan langkah kanan selepas berjaya menundukkan Arab Saudi 2-1 di Switzerland.

Kemenangan hasil jaringan Mario Balotelli dan Andrea Belotti itu bagaimanapun menjadi satu-satunya kemenangan buat Itali setelah mengharungi enam aksi antarabangsa dibawah kendalian Mancini.

Keadaan tersebut membuatkan pengendali berusia 53 tahun itu berasa bosan dengan kegagalan anak buahnya meraih kemenangan.

“Saya berasa bosan kerana tidak berjaya memenangi perlawanan dan begitu juga buat semua orang.”

“Perkara positif yang dapat dilihat adalah pasukan ini bermain bola sepak dengan baik bagi tempoh yang lama.”

GENOA, ITALY – OCTOBER 10: Jorginho of Italy in action during the International Friendly match between Italy and Ukraine on October 10, 2018 in Genoa, Italy. (Photo by Valerio Pennicino/Getty Images)

“Ia merupakan perlawanan persahabatan, jadi diharapkan kami dapat mula mencatatkan kemenangan pada Ahad nanti.”

“Para peminat jelas kecewa apabila pasukan tidak memperoleh kemenangan, tetapi kami tidak boleh mendengar jeritan mereka.”

“Sekiranya kami berjaya menghasilkan satu lagi gol, semua orang akan gembira dengan persembahan kami. Saya fikir ia adalah kerana disebabkan keputusan perlawanan.”

Selain dari kemenangan sulung dibawah kendalian Mancini pada Mei lalu, Itali mencatatkan satu kekalahan menentang Perancis (3-1) dan dua keputusan seri 1-1 bertemu Belanda dan Ukraine dalam aksi persahabatan.

Manakala bagi saingan UEFA Nations League pula, mereka tumpas 1-0 ditangan Portugal dan mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Poland.

Misi meraih kemenangan buat Mancini dan anak buahnya kembali bersambung apabila Itali akan menentang Poland pada Ahad ini di Silesian Stadium, Chorzow.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!