Mantan kapten England, John Terry akhirnya membuka akaun gol bersama Aston Villa. Gol itu membantu Villa menewaskan Fulham di hadapan penyokong sendiri.
https://www.youtube.com/watch?v=t6nr8nzX49c
Gol itu dijaring pada minit ke-23 setelah menerima hantaran daripada Conor Hourihane. Stefan Johansen menjaringkan gol penyamaan beberapa minit sebelum rehat separuh masa.
Albert Adomah menjaringkan gol kemenangan Villa 4 minit selepas separuh masa kedua bermula. Kemenangan Villa itu melonjakkan mereka ke dalam zon play-off.
Wolves selesa
Pendahulu carta, Wolverhampton menewaskan Preston 3-2 dalam aksi panas di Molineux. Wolves mendahului selesa 3-0. Leo Bonatini menjaringkan dua gol untuk Wolves
Preston mengejar Wolves dengan merapatkan kedudukan pada minit ke-65 melalui Jordan Hugill. Pemain Wolves, terjaringkan gol sendiri menjadikan skor 3-2.
Cardiff di tangga kedua menewaskan Middlesbrough melalui gol tunggal Joe Ralls untuk mengejar Wolverhampton.
Kelab tangga ketiga, Sheffield United menewaskan Reading, 2-1. Paul Cotts dan Billy Sharp menjaringkan gol Blades manakala Roy Beerens menyumbangkan gol tunggal buat Reading.
Berikut carta terkini EFL Championship selepas kebanyakan kelab beraksi 13 perlawanan.
Mungkinkah kelab-kelab tiga teratas ini akan membuat penampilan semula di Premier League?