Krisis Kecederaan : Mourinho Pening Melihat Senarai Pemain Yang Cedera

Bilik rawatan di pusat latihan Manchester United di Carrington sentiasa menjadi sibuk dari hari ke hari.

Pemain pertahanan Phil Jones, menjadi pemain terbaru yang termasuk dalam senarai kecederaan selepas beliau terjatuh pada minit ke 23 ketika perlawanan menentang Huddersfield dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada malam hari sabtu.

Beliau digantikan dengan Victor Lindelof yang menerima kritikan pedas dari penyokong gara-gara kerana menampilkan permainan buruk yang menyaksikan Manchester United tewas 1-2 kepada Huddersfield.

Namun begitu, pengurus Manchester United, Jose Mourinho tidak mahu menyerah kalah walaupun ketiadaan beberapa tonggak utama pasukan.

Beliau tetap akan menurunkan barisan terbaik bagi menghadapi jadual perlawanan yang padat dalam 3 kejohanan yang berbeza.

Senarai pemain Manchester United yang mengalami kecederaan :

  • Nama pemain : Phil Jones
  • Tarikh cedera : 21 Oktober 2017
  • Tarikh dijangka beraksi : Tidak pasti
  • Jenis kecederaan : Hip injury

  • Nama pemain : Paul Pogba
  • Tarikh cedera : 12 September 2017
  • Tarikh dijangka beraksi : 5 November 2017
  • Jenis kecederaan : Thigh injury

Paul Pogba

  • Nama pemain : Zlatan Ibrahimovic
  • Tarikh cedera : 20 April 2017
  • Tarikh dijangka beraksi : 16 Disember 2017
  • Jenis kecederaan : Anterior Cruciate Ligament (ACL)

  • Nama pemain : Marcos Rojo
  • Tarikh cedera : 20 April 2017
  • Tarikh dijangka beraksi : 5 November 2017
  • Jenis kecederaan : Anterior Cruciate Ligament (ACL)

  • Nama pemain :Michael Carrick
  • Tarikh cedera : 24 September 2017
  • Tarikh dijangka beraksi : Tidak pasti
  • Jenis kecederaan : Calf strain injury

  • Nama pemain : Marouane Fellaini
  • Tarikh cedera : 7 Oktober 2017
  • Tarikh dijangka beraksi : 28 Oktober 2017
  • Jenis kecederaan : MCL kneee ligament injury

  • Nama pemain : Eric Bailly
  • Tarikh cedera : 14 Oktober 2017
  • Tarikh dijangka beraksi : 28 Oktober 2017
  • Jenis kecederaan : Groin strain injury

 

Komen Jose Mourinho

“Mengenai Jones, saya kena lihat tahap kecergasannya jika beliau sudah pulih daripada kecederaan. Tentang kecederaan Pogba saya tidak tahu. Jika anda tanya saya, anda fikir dia boleh kembali beraksi untuk perlawanan liga yang seterusnya ? saya tidak tahu. Saya tak kata tidak dan kemudian dia main. Anda akan kata saya menipu tetapi saya benar-benar tidak tahu mengenai dia ”

“Zlatan akan kembali. Zlatan kerja di sini dan masih menjalani rawatan. Dia tak akan kembali minggu depan, ianya mengambil masa. Adakah saya percaya dia akan kembali ? Saya akan kata ya ”

“Rojo tidak akan bermain tetapi beliau akan kembali berlatih bersama pasukan. Mungkin Rojo akan kembali bermain selepas 2 minggu. Carrick saya fikir tidak ada peluang. Saya harap mereka boleh kembali tetapi saya tidak berapa pasti tentang kecederaan Fellaini. Saya tidak tahu bila dia akan kembali beraksi. Saya jangkakan Bailly akan kembali beraksi minggu depan”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN