John Terry Dapat Tawaran Yang ‘Baik’ Dari Birmingham

Pengurus Birmingham City, Harry Redknapp memberitahu talksports yang pihak beliau mahukan John Terry di dalam pasukan.

Birmingham telah menghubungi Terry dan menawarkan tawaran yang agak baik untuk bekas kapten Chelsea dan England itu.

Sebelum ini Terry dikaitkan dengan beberapa kelab EPL seperti Swansea, Brighton dan West Brom. Ada juga tawaran dari MLS di Amerika Syarikat serta beberapa kelab China yang mahukan John Terry.

Selain daripada Birmingham, Aston Villa juga dilaporkan menjadi kelab Championship yang mahu memancing John Terry. Redknapp berkata:

“Saya suka untuk memiliki beliau di dalam pasukan saya. Dia kapten yang hebat serta pemimpin yang luar biasa.”

“Kami sudah mengemukakan tawaran yang menarik untuk beliau dan kini terserah kepada beliau sama ada untuk menerimanya.”

“Beliau bermain dalam pasukan saya ketika perlawanan testimoial Michael Carrick. Saya memiliki John adn Carragher di barisan pertahanan. Gandingan yang saya sentiasa idamkan di dalam pasukan. Mereka pemain yang hebat.”

“Selepas perlawanan itu saya telah berbincang dengan John Terry dan mahukan dia datang bila-bila masa untuk menyertai kami.”

John Terry kini merupakan pemain ejen bebas selepas 22 tahun berkhidmat bersama Chelsea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN