John Terry Benarkan Anak Perempuan Menanduk Bola Walaupun Sedar Risiko

John Terry, bekas kapten skuad England boleh berbangga bahawa beliau bakal mempunyai waris dalam sukan bola sepak. Anak perempuan John Terry, Summer Rose kini berusia 11 tahun berminat untuk mengikuti jejak langkahnya.

Namun begitu, ada isu yang menyelubungi kanak-kanak yang mahu berkecimpung dalam bola sepak. Adakah kerap menanduk bola akan memberikan kesan kepada otak?

Sebagai bapa, beliau juga mahukan yang terbaik untuk anaknya. Baginya lebih baik menanduk bola daripada bola itu mengenai anggota badan lain.

Dementia

Alan Shearer sewaktu sesi penggambaran dokumentari tersebut, Sumber: Firenews.

Pada awal November, BBC telah menyiarkan satu dokumentari mengenai dementia. Dokumentari ini dikendalikan oleh Alan Shearer. Siapa tidak kenal Alan, bekas penyerang terkemuka England.

Dementia merupakan satu penyakit yang berlaku apabila fungsi kecekapan otak menurun. Disebabkan itu, pesakit berisiko menghadapi gerak kerja seharian yang semakin perlahan.

Dalam dokumentari ini, Alan Sharer menemui ramai pihak untuk mencari hubungkait penyakit ini dengan sukan bola sepak. Malah, beliau sendiri ke sebuah universiti di Scotland untuk saringan MRI.

Bertemu waris

Keluarga mendiang Jeff Astle yang membentuk gerakan kesedaran dementia. Sumber: Birmingham Mail.

Selain itu juga, Alan sendiri bertemu dengan anak kepada Jeff Astle. Jeff Astle merupakan bekas pemain West Bromwich Albion. Beliau meninggal dunia kerana impak tandukan bola.

Jeff Astle menghadapi penyakit dementia. Pada tahun 2002, beliau meninggal dunia. Anaknya kini, Dawn Astle mewujudkan satu organisasi yang berkempen mengenai isu dementia.

Selain itu, Chris Nicholl, bekas legenda Aston Villa turut ditemuramah dalam dokumentari itu. Chris sendiri mengakui bahawa ingatan beliau pernah hilang seketika akibat daripada dementia. Pada waktu itu, Chris menjadi pengurus Walsall.

Beri tekanan

Sebenarnya, United States Soccer Federation (USSF) sebelum ini pernah mencadangkan agar melarang kanak-kanak bawah 10 tahun menanduk bola. Ia disarankan bagi mengelakkan mereka menghadapi kecederaan otak terlalu awal.

Mungkin suatu hari nanti, kajian lebih mendalam mengenai dementia akan dibuat. Tetapi, adakah tandukan dalam bola sepak akan diharamkan? Adakah kebaikan pengharaman tersebut menjejaskan bola sepak? Mungkin ada pro dan kontranya.

Semoga urusan kajian mengenai dementia ini dipermudahkan pada masa hadapan. Terutama dengan bantuan daripada badan-badan berkaitan seperti FIFA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN