Bekas pemain Liverpool, John Barnes mengatakan yang tidak akan ada pengurus yang seperti mantan pengendali Manchester United – Sir Alex Ferguson.
Bercakap kepada rancangan The Champions Club terbitan beIN Sports yang turut disertai oleh Ryan Giggs dan bekas penjaga gol Arsenal iaitu Jens Lehnmann, Barnes mengatakan tiada siapa yang boleh jadi seperti mana Ferguson.
Hal ini kerana, karektor seorang pengurus itu lambat laun akan ditemui oleh pemain-pemainnya. Oleh itu, Barnes berkata lebih baik untuk seseorang pengurus itu hanya menjadi dirinya sendiri.
“Saya rasa pengurus perlu jadi dirinya sendiri, kerana pemain akan tahu juga macam mana perwatakan seorang pengurus itu.”
“Jika ada diantara kita yang cuba menjadi seperti pengurus lain seperti Sir Alex Ferguson, Graham Taylor atau Kenny Dalglish, ianya tak akan berkesan kerana pemain akan tahu juga perwatakan sebenar pengurus tersebut.”
Kata Barnes, jikaseseorang itu akan menjerit ke arah pemain dengan harapan ianya dapat mengeluarkan potensi terbaik pemain itu adalah satu perkara yang berkesan, fikir semula.
Hal ini kerana, mungkin kerana pemain tersebut akan menjerit semula kepada pengurus tersebut kerana mereka tahu pengurus mereka sebenanrya tidak berperwatakan sedemikian.
Oleh itu kata Barnes, apa yang boleh menjadikan seseorang itu pengurus yang baik adalah mereka belajar dari pengendali mereka sebelum mengambil jawatan itu.
“Kita perlu belajar dari pengurus kita sendiri, dari sisi baik dan buruknya juga.”
“Paling penting, adalah jadilah diri sendiri kerana kita memang tak boleh jadi orang lain.”