Bekas pemain Liverpool, John Barnes mengakui ramai bakat baharu yang dilahirkan kelab Merseyside itu pada ketika ini tetapi beliau merasakan masih belum dapat melihat pemain bintang dunia dalam pembikinan.
Barnes yang menyarung jersi Liverpool pada musim 1987/88 hingga 1996/97 itu melihat masih tiada lagi bakat dari akademi yang bersedia untuk menggalas cabaran bersama skuad utama The Reds.
Dalam pada itu, Barnes juga berpendapat bahawa Liverpool masih lagi belum mempunyai pengganti kepada bekas pemain-pemain hebat seperti Raheem Sterling, Robbie Fowler dan Steven Gerrard.
”Saya tidak merasakan yang mana-mana pemain muda di akademi yang bersedia untuk menggalas tanggungjawab bersama skuad utama,” ujar Barnes menurut laporan dikeluarkan Goal.
”Liverpool akan tenang pada jendela perpindahan nanti, tetapi mereka akan cenderung kepada pemain-pemain senior yang dimiliki.”
”Terdapat beberapa pemain muda yang diberikan peluang beraksi dalam perlawanan piala dan bersama pasukan [skuad utama].”
”Tetapi masih belum ada pengganti buat Raheem Sterling, atau Robbie Fowler atau Steven Gerrard yang muda [pengganti].”
”Saya tidak mahu membuatkan mereka berada dalam tekanan. Jadi, saya berharap agar Liverpool akan senyap pada jendela perpindahan -anda memiliki pemain muda, Curtis Jones, yang jelas telah menunjukkan kualitinya bersama skuad utama pada ketika ini.”
”Untuk menekannya berada di skuad utama dan mengalahkan pemain yang lebih senior, saya tidak merasakan perkara itu akan berlaku,” tambah John Barnes lagi.