Penantian 29 tahun Liverpool untuk meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini mungkin terpaksa ditangguhkan ke tahun berikutnya – sekali lagi – setelah Manchester City kembali menerajui liga selepas berjaya menewaskan Manchester United baru-baru ini.
Bagaimanapun legenda Liverpool dan England, John Barnes tetap menyifatkan The Reds tetap adalah pasukan ‘luar biasa’ meskipun berkemungkinan mengakhiri saingan ditempat kedua.
Ketika ini, Liverpool menduduki tempat kedua dengan ketinggalan hanya satu mata berbanding Manchester City.
88pts – 2018/19
86pts – 2008/09
84pts – 2013/14@LFC have already achieved their best-ever #PL points total with three matches to go pic.twitter.com/eXMsExhEvZ— Premier League (@premierleague) April 25, 2019
Jika Liverpool ingin mengakhiri saingan ditempat nombor satu, maka The Reds perlu wajib menang baki tiga perlawanan terakhir bertemu Huddersfield, Newcastle United dan Wolverhampton, sambil mengharapkan City tercicir mata.
Sudah tentu ia akan menjadi misi sukar bagi skuad bimbingan Jurgen Kloop memandangkan City kini sedang berada dalam prestasi konsisten sejak 11 perlawanan terakhir EPL dengan mencatatkan kemenangan berterusan.
“Apabila ada orang berkata nanti jika [Liverpool] berada di tempat kedua adalah satu kegagalan. Tiada apa yang boleh membuat saya percaya bahawa 97 mata dan hanya kalah satu perlawanan adalah kegagalan,” kata Barnes kepada talkSports.
“Tambahan pula, kami berada di separuh akhir Liga Juara-Juara dan bakal menentang Barcelona yang merupakan salah satu pasukan terbaik. Jadi, walaupun kami berjaya menewaskan Barcelona dan mengakhiri kejuaraan di tempat kedua, bagi saya, ini akan menjadi musim yang luar biasa.”
Tidak terkesan
Barnes turut mengakui Liverpool tidak terkesan dengan kejayaan City menewaskan United baru-baru ini.
Beliau percaya bahawa Klopp dan para pemain lain sentiasa memberikan fokus untuk memenangi baki perlawanan tanpa menghiraukan kedudukan City.
“Manchester City tidak menjejaskan Liverpool, kerana Jurgen [Klopp] telah melakukan komitmen, penentuan dan memiliki tenaga, tanpa mengira sama ada mereka bertentang Bercelona atau Huddersfield.”
“Anda melihat apa yang dilakukan oleh Liverpool dalam setiap perlawanan mereka sebelum ini. Klopp mahu pemain untuk menghadapi perlawanan satu demi satu dan menggerakkan segalanya, jadi ini tidak akan mempengaruhi situasi Barcelona juga.”