Nama Johan Cryuff sentiasa dikenang sebagai salah seorang individu paling berpengaruh dalam dunia bola sepak.
Hal kerana beliau merupakan antara yang cukup hebat ketika eranya dan juga seorang pengurus yang merevolusi bola sepak ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau sentiasa disayangi oleh 2 kelab iaitu Ajax Amsterdam dan juga Barcelona.
Johan Cryuff ArenA
Baru-baru ini, pihak Ajax Amsterdam telah membuat keputusan untuk abadikan nama lagenda Belanda itu di stadium yang merupakan gelanggang rasmi pasukan mereka.
Nama Amsterdam ArenA kini telah diubah menjadi Johan Cryuff ArenA sebagai mengenang jasa pemain tersebut yang cukup disayangi di kelab yang merupakan juara 4 kali kejohanan Eropah.
Tujuan menamakan semula Amsterdam ArenA kepada Johan Cryuff ArenA adalah bertujuan sempena hari lahir beliau yang sepatutnya berusia 70 tahun pada tahun ini.
Usaha menamakan semula stadium tersebut telah diterima oleh pihak Ajax Amsterdam, wakil bandaraya Amsterdam dan juga pihak keluarga Cryuff itu sendiri.
Selain daripada nama stadium, beberapa nama di tempat lain juga telah diubah sempena nama lagenda tersebut.
Antaranya adalah nama jalan, jambatan dan juga dataran di Amsterdam turut dinamakan sempena nama lagenda tersebut.
Keluarga Cryuff menerusi anaknya Jordi Cryuff nyata gembira dengan berita ini. Baginya, beliau berterima kasih dengan Datuk Bandar Amsterdam iaitu Van Der Laan.
We're very happy with this tribute to my father. Thanks to all those who made it possible, particularly Mayor Van der Laan. #CruyffLegacy pic.twitter.com/QI4z1WFvya
— Jordi Cruyff (@JordiCruyff) April 25, 2017
Sebelum ini, Barcelona juga mendedikasikan Johan Cryuff menerusi pelan mega pembinaan pusat latihan mereka.
Mereka merancang untuk menamakan stadium mini mereka dengan nama bekas pemain Belanda itu.
Baca juga: 4 Pemain Digantung 1 Perlawanan, Nazmi Faiz Diberi Amaran, Tiada Semangat Kesukanan