Musim ini, penyokong Manchester United mempunyai keyakinan berbanding musim-musim sebelumnya.
Selepas mengalami musim yang kurang memberangsangkan pasca era Sir Alex Ferguson menerusi pengurusan David Moyes dan Louis Van Gaal, Man United sepertinya bakal kembali menyinar dibawah kendalian Jose Mourinho.
Mereka kini sedang berada dalam prestasi yang cukup baik di Premier League dengan menduduki tangga kedua liga di belakang Manchester City dengan perbezaan jaringan.
Persaingan ini ternyata sengit diantara 2 kelab Manchester ini, namun bagi pemain Burnley iaitu Joey Barton beliau sepertinya sudah mempunyai jawapan kepada persaingan 2 kelab ini.
Barton memilih Manchester United sebagai calon juara Premier League musim ini.
Hal ini kerana, beliau berpendapat Jose Mourinho ibarat ‘pembunuh bersiri’ yang akan memberikan kejayaan kepada Manchester United di akhir musim.
“Jose Mourinho ini diibaratkan seperti seorang pembunuh bersiri. Beliau tahu cara nak menang.”
Selain itu juga, faktor cuaca sejuk di England juga memainkan peranan mengapa Manchester City akan mengalami kejatuhan prestasi terutamanya ketika pertengahan musim.
“Ketika pertengahan musim akan berlakunya musim sejuk dan juga kepadatan jadual perlawanan bukan?”
“Rata-rata pemain Manchester City merupakan pemain dari Amerika Selatan. Mereka tidak biasa dengan cuaca sejuk di England dan pastinya ia akan memberikan kesan kepada prestasi mereka nanti.”
Bagi Barton, para pemain Manchester United mempunyai keupayaan untuk mengatasi cabaran cuaca sejuk itu.
Jadi, adakah anda setuju dengan pendapat Barton? Atau anda rasa faktor cuaca itu tidak memberikan kesan besar kepada perebutan kejuaraan ini?
Sumber:
- Football 365 (2017): Barton backs United for title over City because of the weather; http://www.football365.com/news/barton-backs-united-for-title-over-city-because-of-the-weather