Hazard Idam Ciri Kepimpinan Seperti John Terry, Fizikal Setegap Cristiano Ronaldo

Eden Hazard merupakan antara pemain yang cukup handal di Premier League.

Beliau merupakan idola kepada ramai peminatnya terutamanya dalam kalangan penyokong Chelsea yang mahu menjadi seperti beliau.

Namun seperti orang lain, Hazard juga mempunyai impian untuk menjadi pemain yang beliau idamkan.

Ketika bercakap untuk The Guardian, Hazard ada menceritakan pemain seperti siapakah yang beliau idamkan.

Antonio Conte
Hazard sudah pulih sepenuhnya dari kecederaan buku lali. Kredit foto: ESPN FC

Kepimpinan John Terry, fizikal Cristiano Ronaldo

Jika anda merupakan seseorang yang mempunyai kaitan dengan Chelsea, anda pasti akan mengagumi ciri kepimpinan yang dimiliki oleh John Terry.

Sifat kepimpinan yang cukup baik oleh Terry nyata menjadi idaman beliau yang turut mendambakan susuk fizikal yang mantap seperti Cristiano Ronaldo.

“John Terry adalah kapten terbaik di dunia. Beliau sentiasa ada untuk pasukan dan sentiasa memberikan galakan kepada rakan sepasukan.”

“Bila ada pemain yang bermain teruk, beliau akan datang dan berikan kata-kata yang memberikan semangat.”

Kredit foto: Gettyimages

Tidak hairan kenapa Hazard gemarkan kepimpinan Terry. Hal ini kerana beliau merupakan seorang pemain yang senyap dan kurang arif dalam menggerakan pasukan.

Sepakan percuma setepat Christian Eriksen, visi seluas Fabregas

Dalam situasi sepakan percuma, Hazard meminati beberapa pemain dalam dunia bola sepak.

Bagi beliau, Juninho Pernambucano merupakan pemain yang menjadi pujaan beliau dari segi mengambil sepakan percuma.

Beliau sering berlatih melakukan sepakan percuma seperti pemain itu namun beliau mengakui terdapat kesukaran untuk kekal konsisten ketika perlawanan sebenar.

Bagi pemain yang masih aktif, Hazard gemarkan Christian Eriksen.

“Christian Eriksen merupakan pemain yang cukup hebat ketika merembat bola sewaktu sepakan percuma. Beliau lakukannya dengan teramat baik.”

Dalam masa yang sama, beliau mahukan visi yang sehebat Cesc Fabregas.

Hazard berasakan Fabregas mempunyai visi yang cukup hebat hinggakan pemain itu mampu melakukan perkara yang luar biasa ketika perlawanan berlangsung.

“Saya sering bertanya pada diri sendiri, macam mana beliau lakukan hantaran itu semua? Beliau curi bola, kemudiannya menghantar bola itu tepat kepada rakan sepasukan.”

“Rakan kami pula akan jaringkan gol selepas itu.”

Tandukan tajam bak Benteke, setaraf Iniesta

Hazard mengakui yang beliau bukanlah seorang pemain yang lemah melakukan tandukan.

Namun dek kerana punya perasaan takut diatasi pemain yang lebih tinggi lompatannya, Hazard tidak memilih untuk berbuat demikian.

Akan tetapi, Hazard amat menggemari keupayaan melakukan tandukan oleh rakan senegaranya – Christian Benteke.

“Benteke adalah seorang pemain yang cukup hebat ketika menanduk bola. Sekali beliau lompat, gol!”

Selain itu juga, Hazard turut mempunyai impian untuk menjadi pemain yang berkelas tinggi setaraf Andres Iniesta.

Perancang Barcelona itu nyata merupakan pemain yang berada di kelas tersendiri. Lihat sahaja koleksi piala dimilikinya!

Selain itu, ada juga nama-nama pemain lain yang disebut Hazard. Antaranya:

  • Luis Suarez (penyudah)
  • Karim Benzema (pergerakan tanpa bola)
  • Toni Kross (sepakan percuma – merujuk kepada ketepatan hantaran kepada Sergio Ramos)

Sumber:

  1. The Guardian (2017): Eden Hazard’s portrait of his ideal player: Terry’s leadership and Benteke’s heading; https://www.theguardian.com/football/2017/sep/26/eden-hazards-portrait-of-an-ideal-player-terrys-leadership-and-bentekes-heading?CMP=share_btn_tw

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN