Joey Barton Diarah Bela Diri di Mahkamah Kerana Bergaduh

Siapa tidak kenal Joey Barton?Barton sebelum ini dikenali sebagai pemain yang baran dan ganas.

Bagi peminat Manchester City, mereka tidak akan lupa dengan kelakuan bekas pemain mereka ini semasa hari penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2011/12.

Buat hal

Joey Barton kini menjawat jawatan selaku pengurus di sebuah kelab. Kelab tersebut ialah Fleetwood Town.

April lalu, Barton dikatakan telah bergaduh dengan pengurus Barnsley, Daniel Stendel. Stendel dilaporkan telah diserang Barton di dalam terowong.

Menurut polis Yorkshire Selatan, Stendel telah mengalami kecederaan di muka dek insiden itu. Dikatakan dua batang gigi Stendel patah dan beliau menerima rawatan segera dari staf pergigian kelabnya itu.

Polis Yorkshire Selatan memohon agar saksi kejadian dapat memberikan kerjasama.

Punca

Kejadian ini berlaku selepas perlawanan EFL League One antara Barnsley menentang Fleetwood di Oakwell. Barnsley menang ke atas Fleetwood dengan keputusan 4-2.

Perlawanan itu menjadi kecoh apabila Harry Souttar yang mewakili Fleetwood dibuang padang minit ke-65. Pada ketika itu, tuan rumah mendahului dengan skor 2-1.

Barnsley dikhabarkan telah membuat aduan rasmi ke atas Barton kepada FA Inggeris dan EFL. Barton diarahkan untuk muncul di mahkamah pada awal Oktober.

Luahan

Barton memberitahu di Twitter bahawa beliau menafikan segala tuduhan ke atasnya. Pengurusan Fleetwood harus melakukan sesuatu bagi mengelakkan reputasi kelab ini terjejas.

Cuma Barton mesti lebih berhati-hati selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN