Wenger Sukar Percaya Tindakan Koscielny Terhadap Arsenal

Bekas pengendali, Arsene Wenger berkata beliau terkejut dengan tindakan pemain pertahanan, Laurent Koscielny yang enggan menyertai jelajah pra musim kelab itu ke Amerika Syarikat.

Pemain pertahanan berusia 33 tahun itu mempunyai baki kontrak setahun bersama The Gunners, dan sebelum ini memohon untuk dilepaskan untuk membenarkan beliau kembali ke Perancis.

Tindakan Koscielny turut menimbulkan desas desus yang mengatakan sesuatu tidak kena sedang berlaku di dalam kem Arsenal.

“Saya amat terkejut dengan situasi semasa [di Arsenal]. Saya tidak tahu kisah sebenar. Tetapi sikap Laurent [Koscielny] ketika bersama saya adalah sangat baik. Malah saya memandang tinggi terhadap beliau sebagai seorang individu,” ujar Arsene Wenger seperti yang dipetik daripada L’Equipe.

Selain daripada Wenger, Olivier Giroud yang sememangnya antara pemain yang rapat dengan Koscielny ketika kedua-duanya bersama di Arsenal juga pelik dengan apa yang berlaku.

(Photo by Clive Mason/Getty Images)

“Sudah tentu ada perkara lain selain daripada apa yang kelihatan telah berlaku,” ujar Giroud.

“Laurent adalah seorang pemain yang sentiasa menghormati perkara di sekelilingnya, sangat profesional dan sentiasa menjadi contoh kepada pemain lain.

“Saya tidak faham mengapa ia boleh jadi begini. Selama ini Laurent sentiasa bersyukur kepada pihak kelab. Saya berharap kedua-dua pihak boleh menyelesaikan apa pun isu yang timbul dengan baik.

“Saya percaya Laurent sangat kecewa dengan apa yang berlaku sekarang,” ujar penyerang Chelsea itu.

Koscielny kekal sebagai pemain penting dalam skuad kendalian Unai Emery, dan tampil dalam 29 perlawanan pada musim lalu. Daripada jumlah tersebut, Koscielny berada di dalam kesebelasan utama dalam 24 perlawanan.

Pemain antarabangsa Perancis itu juga telah tampil dalam 255 perlawanan untuk Arsenal di Liga Perdana Inggeris, dan menjaringkan 22 gol sejak menyertai kelab London itu dari Lorient dengan nilai £10 pada Julai 2010.

Terbaru, beberapa laporan akhbar dari UK mengatakan Granit Xhaka adalah calon terbaru untuk menggantikan Koscielny sebagai kapten pasukan.

Malah kelab London itu kini sudi mendengar tawaran dari mana-mana kelab yang berminat mendapatkan pemain pertahanan itu, setelah Koscielny mendesak untuk dilepaskan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN