Joel Matip Kena Troll Dengan Jurulatih Cameroon Selepas Menang Piala Negara Afrika

Joel Matip kena troll jurulatih Cameroon selepas negara tersebut menang kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) tempoh hari.

Cameroon menang lawan Mesir dengan jaringan sebanyak 2-1.

“Mereka pasti menyesal!”

Joel Matip kena troll dengan jurulatih Cameroon, Hugo Broos selepas beliau tidak mahu menerima panggilan kebangsaan negaranya untuk bermain di AFCON yang dilangsungkan di Gabon.

Beliau bersama dengan 7 pemain lain menolak panggilan untuk bermain bersama dengan Cameroon selepas apa yang terjadi antara mereka dengan barisan kejurulatihan yang terdahulu.

Sebelum ini, Matip dan rakan-rakannya mengalami perbalahan dengan barisan kejurulatihan yang lama sebelum rejim Broos datang mengambil alih pasukan.

Mungkin kerana tawar hati, Matip dan rakan-rakannya itu berkeputusan untuk ‘berehat sebentar’ dari menyertai skuad kebangsaan Cameroon dan menolak dari menyertai AFCON.

Namun tanpa diduga, Cameroon berjaya muncul juara dan ia memberikan satu tamparan hebat buat Matip dan rakan-rakannya. Dan ia membuatkan Broos memperli mereka selepas muncul juara.

“Ya ia memang keputusan mereka untuk tidak bersama dengan kami. Tapi rasanya lepas tengok kami menang mesti mereka akan menyesal!”

“Mereka pasti akan terfikir sekejap, kenapa aku tak ikut mereka?”

Broos nyata mahukan skuad yang terdiri dari kalangan pemain-pemain terbaik Cameroon untuk bersatu dalam skuad beliau. Namun dengan masalah yang melanda, beliau terpaksa guna apa saja yang ada.

“Ada masalah yang melanda di dalam skuad ini, terutamanya sebelum saya hadir ke dalam skuad.”

Bersabarlah Joel Matip!

Baca juga: Hernanes Sertai Hebei CF Dari Juventus, Tolak Tawaran Celtic

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN