Pemilik Manchester United, Joel Glazer berusaha semampu beliau untuk memastikan Cristiano Ronaldo tidak akan pernah meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.
Hal itu menyebabkan segala khabar angin yang menyatakan bahawa Cristiano Ronaldo akan meninggalkan kelab dalam masa terdekat ini, berpotensi untuk tidak akan menjadi kenyataan.
Ronaldo dilaporkan sedang dalam usahanya mahu meninggalkan Old Trafford pada jendela perpindahan musim panas ini, dan hal itu semakin hangat diperkatakan selepas melihat kedudukan United dalam carta liga.
Co-chairman of Manchester United Joel Glazer is against the idea of selling Cristiano Ronaldo this summer as per the Manchester Evening News. https://t.co/G7wTUZ698i
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) August 16, 2022
Red Devils pada ketika ini berada di kedudukan tercorot dalam carta saingan liga selepas mereka mencatatkan dua kekalahan dari dua perlawanan awal.
Ketika artikel ini ditulis, masih tiada kelab yang berminat mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 37 tahun itu.
Namun begitu, walau tiada kelab yang berminat, Manchester United tetap mengeluarkan kenyataan yang mereka tidak akan melepaskan Cristiano Ronaldo pada jendela perpindahan musim panas ini.
Walaupun ada dakwaan yang menyatakan bahawa Man United sebelum ini sudah bersedia untuk mendengar tawaran dari mana-mana kelab yang mahukan pemenang lima kali anugerah Ballon D’or itu, namun kini segala dakwaan itu sudah boleh diabaikan.
Joel Glazer is against the prospect of selling Cristiano Ronaldo despite the player's wish to leave the club. It is understood Ten Hag has privately been receptive to selling Ronaldo for weeks but Glazer has so far resisted any proactive attempts to sell. [@samuelluckhurst] #mufc
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) August 16, 2022
Menurut sumber laporan dari Manchester Evening News, co-chairman kelab, Joel Glazer secara peribadinya menentang sekeras-kerasnya untuk Ronaldo pergi meninggalkan kelab.
Adik bongsu dalam keturunan Glazer itu mahukan Ronaldo untuk terus kekal walaupun Erik ten Hag bersedia untuk kehilangan bintang Portugal itu.
Ia bukanlah kali pertama untuk ahli perniagaan dari Amerika itu berusaha menggagalkan sesuatu urusan perpindahan.
Sebelum ini, beliau turut melakukan hal sama ketika Anthony Martial mendedahkan hasratnya mahu meninggalkan kelab dengan Joel Glazer turut sangat menggemari pemain penyerang itu.
Joel Glazer mendedahkan yang beliau yakin yang Martial merupakan Pele Manchester United dan kerana itulah beliau bertekad tidak mahu melepaskan bintang Monaco itu.
Manchester United owner Joel Glazer wants to keep Cristiano Ronaldo | @samuelluckhurst #mufc https://t.co/V3BXvFaYja
— Man United News (@ManUtdMEN) August 16, 2022
Beliau akhirnya membenarkan Martial untuk pergi meninggalkan kelab sebagai pemain pinjaman dan memanggil semula bintang Perancis itu pada musim panas ini.
Martial turut cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan ketika pra-musim baru-baru ini, dengan para peminat sangat berharap agar beliau mampu konsisten.