Burnley telah menandatangani Joe Hart dari Manchester City selama dua tahun dengan nilai perpindahan £3.5 juta.
Pengurus skuad The Clarets, Sean Dyche memilih untuk membawa penjaga gol berusia 31 tahun itu selepas dua penjaga gol utama, Nick Pope dan Tom Heaton mengalami kecederaan.
Hart yang memiliki 75 penampilan bersama England, turut pernah melakukan 350 penampilan untuk Manchester City dan menjuarai dua kejuaraan Premier League, serta satu Piala FA sepanjang di Etihad.
Hart sebelum ini dikhabarkan mahu perpindahan secara kekal dari Etihad selepas Pep Guardiola mengesahkan penjaga gol tersebut tiada di dalam perancangan beliau.
Sejak ketibaan Guardiola pada 2016, Hart hanya tampil sekali untuk City sebelum penjaga gol tersebut berkelana bersama Torino dan West Ham pada musim lalu.
Penjaga gol tersebut turut hilang tempat daripada skuad England kendalian Gareth Southgate apabila tidak tersenarai di kalangan skuad ke Rusia.
BREAKING: Burnley Football Club is delighted to announce the signing of England international Joe Hart on an initial two-year deal. More to follow. pic.twitter.com/bkyAuXKlMS
— Burnley FC (@BurnleyOfficial) August 7, 2018
Penjaga gol utama Burnley, Pope mengalami kecederaan terkehel bahu ketika perlawanan kelayakan Piala Europa menentang Aberdeen.
Manakala Heaton masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan betis.
Hart adalah pembelian kedua oleh Burnley di jendela perpindahan musim panas ini selepas pemain pertahanan tiba di Turf Moor dengan nilai £15 juta dari Middlesbrough.