Joao Felix beranggapan ia sentiasa sesuatu yang istimewa menewaskan pasukan seteru setelah Atletico Madrid memalukan Real Madrid 7-3 dalam pertandingan International Champions Cup.
Diego Costa membintangi perlawanan tersebut dengan 4 gol, tatkala Atletico tidak menunjukkan sebarang belas kasihan, walaupun ia sekadar satu perlawanan persahabatan. Dalam perlawanan yang diadakan di New Jersey itu, pasukan kendalian Diego Simone mendahului 5-0 pada babak pertama perlawanan.
Joao Felix juga menjaringkan gol pertama beliau sejak menyertai Atletico dari Benfica dengan nilai perpindahan yang dianggap besar buat pemain semuda beliau, iaitu sekitar €126 juta.
His first @atletienglish goal came in the derby! ?
? JOAO FELIX ?#ICC2019 pic.twitter.com/FWD0J1ZiWQ
— LaLiga (@LaLigaEN) July 27, 2019
Bintang muda Portugal itu juga cemerlang dengan menghasilkan dua bantuan gol dalam perlawanan tersebut.
“Ia amat positif. Menewaskan seteru anda akan membuatkan anda berasa sangat puas dan ia adalah sesuatu yang istimewa.
“Kemenangan sebegitu memberikan anda keyakinan, tetapi kami akan meneruskan usaha seperti yang telah kami lakukan sehingga sekarang.
“Saya mahu menjaringkan sebanyak gol agar pasukan ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan.
?? Joao Felix just ended Nacho Fernandez’s career. This skill is absolutely filthy. Proper baller. ?? pic.twitter.com/xW6kiVnQys
— FutbolBible (@FutbolBible) July 27, 2019
Pada separuh masa pertama sahaja Atletico menjaringka 5 gol. Diego Costa menjaringkan hatrik dalam 45 minit pertama tersebut.
Pemain termahal dalam sejarah Atletico, Joao Felix turut menjaringkan 1 gol dan mencipta 2 lagi gol untuk rakannya. Manakala Angel Correa turut menjaringkan gol dalam aksi separuh masa pertama yang didominasi Atletico.
Diego Costa berganding dengan Joao Felix untuk mencipta gol ke-4, hanya 6 minit bersambung separuh masa kedua.
Nacho mengurangkan sedikit jurang yang jauh itu dengan gol pertama Real Madrid.
? Scores 4 goals against Madrid
?? Starts 22-man brawl
? Gets straight red cardOnly Diego Costa could score 4 goals against Real Madrid and then get red carded. Never change Diego ?https://t.co/YX1o23047x
— SPORTbible (@sportbible) July 27, 2019
Perlawanan tersebut turut dicemari dengan insiden. Keadaan menjadi tegang – Diego Costa dan Dani Carvajal dilayangkan kad merah selepas bercakaran sesama mereka.
Tidak terhenti di situ, apabila Vitolo menjaringkan gol solo menarik pada minit ke-70, hanya 11 minit selepas Nacho menjaringkan gol pertama Real Madrid.
Pemain gantian Karim Benzema menjaringkan gol kedua Real Madrid menerusi penalti minit ke-85. Dan Javi Hernandez menjaringkan 1 lagi gol sagu hati pada lewat perlawanan.