Joao Cancelo Hampir Sertai Gergasi La Liga Sebelum Berakhir Di Bayern Munich

Joao Cancelo mungkin tidak akan menyertai Bayern Munich seandainya gergasi La Liga, Real Madrid bersetuju untuk mendapatkan khidmatnya pada jendela perpindahan Januari baru-baru ini.

Hal ini kerana Manchester City sebenarnya sudah menawarkan Cancelo kepada Real Madrid sebelum mereka menawarkan pemain pertahanan itu kepada Bayern Munich.

Pada musim baru ini, Cancelo kurang mendapat minit permainan dan beliau kerap diketepikan dari skuad utama Manchester City.

Namun begitu, ketika tersebar berita yang mengatakan bahawa Cancelo bakal meninggalkan kelab, para peminat jelas sekali terkejut dan seolah-olah tak percaya bintang Portugal itu akan meninggalkan Etihad pada jendela perpindahan Januari ini.

Sejak menyertai Manchester City pada tahun 2019 yang lalu, pemain full back itu telah menjadi antara pemain terpenting dalam sistem kendalian Pep Guardiola.

Kehebatan beliau membantu jentera serangan menyebabkan Pep Guardiola sendiri sentiasa meletakkan beliau dalam kesebelasan utama skuadnya.

Walau bagaimanapun, dek kerana beliau mempunyai masalah dengan Pep, maka beliau akhirnya memutuskan untuk meneruskan kariernya di tempat lain.

Cancelo dikatakan mempunyai masalah dengan Pep dan kerana itulah beliau menunjukkan reaksi tak gembira di hadapan pengurusnya itu.

Pep pula sementara itu tidak gemar dengan pemain yang menunjukkan reaksi seperti itu dihadapan beliau dan kerana itu jugalah beliau tiada masalah untuk melepaskan Cancelo menyertai Bayern Munich.

Cancelo juga tidak menunggu lama untuk menyerlah bersama Bayern dengan beliau hanya memerlukan 17 minit sahaja untuk mencatatkan assists pertamanya bersama gergasi Bundesliga itu.

Pemain full back itu kini beraksi bersama Bayern Munich sebagai pemain pinjaman dan beliau berpotensi untuk menandatangani kontrak secara tetap bersama kelab dari Jerman itu pada penghujung musim nanti.

Namun begitu, Cancelo sebenarnya mungkin tidak akan menyertai Bayern Munich pada jendela perpindahan Januari ini andai Real Madrid bersetuju untuk mendapatkan khidmatnya.

Manchester City dikatakan telah menawarkan Cancelo kepada kelab dari La Liga sebelum mereka akhirnya melepaskan pemain pertahanan itu untuk ke Jerman.

Menurut sumber laporan dari Fabrizio Romano, Real Madrid sebenarnya berpotensi untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 28 tahun itu kerana Man City terlebih dahulu melakukan tawaran kepada mereka.

“Barcelona memang agak mustahil kerana masalah melibatkan gaji pemain.”

Jelas Fabrizio Romano.

“Real Madrid juga merupakan antara pilihan, tetapi mereka memilih untuk tidak menandatangani mana-mana pemain pada jendela perpindahan Januari ini.”

Real Madrid walau bagaimanapun mungkin akan menyesal kerana tidak menerima tawaran dari Manchester City itu selepas pemain pertahanan mereka, Eder Militao mengalami kecederaan ketika aksi bertemu Valencia.

Walaupun Militao kerap bermain di posisi centre back, namun beliau juga boleh bermain di posisi kanan dan mungkin akan diturunkan di posisi tersebut ketika aksi berdepan Liverpool dalam saingan Champions League.

Seandainya Real Madrid bersetuju untuk mendapatkan khidmat Cancelo, tentu saja mereka bakal ada pilihan lebih baik untuk skuad depth mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN