Langgar ‘Polisi’ Pep Guardiola, Punca Cancelo Tinggalkan Manchester City

Joao Cancelo secara rasminya telah sah menyertai Bayern Munich menerusi perjanjian pinjaman selepas beliau dikatakan tidak gembira memanaskan bangku simpanan di Etihad.

Kekurangan minit permainan bersama Manchester City dikatakan antara punca utama mengapa Cancelo memilih untuk beraksi bersama gergasi Bundesliga itu.

Berita perpindahan Cancelo menyertai Bayern Munich sebenarnya sangat mengejutkan peminat seluruh dunia kerana tiada siapa menduga beliau akan meninggalkan Etihad sepantas ini.

Tiada angin, tiada ribut, dengan tiba-tiba Cancelo dikatakan bakal sertai Bayern Munich dan beberapa jam sahaja selepas itu beliau sah menyertai gergasi Bundesliga itu.

Cancelo ditandatangani menerusi perjanjian pinjaman dan Bayern Munich boleh membeli bintang Portugal itu dengan nilai £61 juta selepas tamat perjanjian pinjaman.

Cancelo dikatakan bengang dan bertekak dengan Pep Guardiola selepas beliau tidak diturunkan dalam aksi perlawanan bertemu Arsenal kemarin.

Nathan Ake diturunkan dalam kesebelasan utama City dengan beliau turut berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk The Citizens dalam perlawanan tersebut.

Cancelo sementara itu tidak diturunkan sama sekali dan ia merupakan perlawanan ketiga berturut-turut beliau tidak dimainkan.

Bekas bintang Valencia itu dikatakan bengang selepas beliau dikeluarkan pada aksi babak kedua dalam perlawanan bertemu Chelsea sebelum ini.

Guardiola sendiri dikatakan sudah meminta maaf kepadanya ketika beliau dikeluarkan dalam perlawanan tersebut.

“Saya benar-benar kesian dengan Joao dan rasa bersalah pada dia, saya suruh dia bermain di posisi yang dia tak biasa untuk bermain.”

Jelas Pep Guardiola berkait keputusan beliau memainkan Cancelo di posisi sayap kanan.

Pemain pertahanan itu kemudiannya menyendiri baik dalam bilik persalinan mahupun bas ketika aksi bertemu Wolves dan beliau telah melanggar polisi Pep ketika aksi bertemu Arsenal.

Cancelo langgar polisi Pep Guardiola

Joao Cancelo dikatakan telah menunjukkan reaksi tak puas hati kepada barisan kejurulatihan Man City kerana beliau tidak diturunkan untuk bermain bertemu Arsenal.

Menurut sumber laporan dari The Athletic, barisan kejurulatihan Man City merasakan yang Cancelo sebenarnya tidak memberi tumpuan kepada perancangan taktikal dan juga tidak mendengar arahan dari mereka.

Laporan sama turut mendedahkan yang Pep Guardiola dan barisan kejurulatihan beliau perasan gerak geri Cancelo sedikit aneh dan beliau nampak hilang tumpuan.

Pep Guardiola sendiri pula sebenarnya ada polisi tersendiri di Etihad yang mana beliau tidak mahu melihat ada pemain yang menunjukkan reaksi tak puas hati andai mereka tidak diturunkan dalam mana-mana perlawanan.

“Kamu tak boleh lakukan sesuatu ketika mereka yang tak bermain secara kerap mula cipta masalah.”

Jelas Pep Guardiola pada tahun 2017 yang lalu.

“Buat muka, tunjuk sikap buruk ketika ia berlaku, lupakan saja semua itu.”

“Kamu tak boleh kekal di sini bila hal itu berlaku. Tapi pemain yang jarang bermain di sini dan kemudian dapat bermain, mereka sebenarnya sangat hebat. Tanpa itu, kamu tak boleh lakukan apa-apa.”

Cancelo dikatakan sering marah-marah seperti gunung api yang meletus ketika Pep Guardiola tidak menurunkan beliau dan jelas sekali hal tersebut menyebabkan beliau dianggap telah melanggar polisi utama Pep di Etihad.

Melihat hal tersebut, Pep dikatakan tiada pilihan lain selain dari membenarkan beliau untuk pergi kerana hal itu saja yang boleh menggembirakan Cancelo.

Manchester City juga dikatakan tidak akan tergesa-gesa mencari pengganti dengan mereka akan memberi kepercayaan kepada Nathan Ake, Aymeric Laporte dan Sergio Gomez untuk bermain di posisi tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN