Ketua jurulatih skuad kebangsaan Brazil Tite mendedahkan jisim otot Philippe Coutinho naik mendadak selepas hanya satu musim dipinjamkan ke Bayern Munich.
Pemain tengah Brazil dan Barcelona itu merupakan salah satu daripada beberapa pemain Bayern Munich yang mengalami transformasi badan yang mengagumkan.
Coutinho menghabiskan musim 2019/2020 sebagai pemain pinjaman Bayern Munich selepas disahkan tidak berada dalam pelan bekas pengurus Barcelona Ernesto Valverde.
Bagaimanapun keputusan Valverde ini nyata memberi banyak impak positif kepada karier Coutinho. Dalam masa semusim bersama gergasi Bundesliga itu, beliau telah merangkul trofi liga, DFB-Pokal dan UEFA Champions League.
Selain itu, pemain berusia 28 tahun ini menghabiskan musimnya bersama Bayern dengan minat dan badan baru. Ini didedahkan oleh Tite baru-baru ini:
“Sejak kebelakangan ini, Coutinho sangat rajin menjaga aspek fizikalnya.
“Selepas semusim bermain dengan Bayern Munich, berat badan Coutinho naik 5kg di mana 4kg daripadanya merupakan jisim otot. Memang jelas fizikalnya telah bertambah baik,” kata Tite.
Tranformasi fizikal pemain Bayern Munich sememangnya bukan satu rahsia lagi. Semuanya bermula dari gambar sebelum dan selepas Leon Goretzka yang tular di media sosial.
Looks like Leon Goretzka took whatever they gave Captain America. Super soldier serum! pic.twitter.com/qt1fkxncLU
— Jam (@Carefree_Jam) August 19, 2020
Antara pemain Bayern lain yang dikesan mengalami transformasi fizikal seperti Coutinho dan Goretzka adalah Robert Lewandowski dan Alphonso Davies.
What are Bayern Munich feeding their players?! 💪 😳 pic.twitter.com/5zTBNP3su2
— ESPN FC (@ESPNFC) August 27, 2020
Individu yang bertanggungjawab terhadap transformasi fizikal keempat-empat pemain ini adalah, tak lain tak bukan, Ketua Unit Saintifik dan Kecergasan Dr Holger Broich.
Sumbangan Dr Broich tidak terlepas daripada pandangan pemain Bayern Munich Jerome Boateng semasa kempen UEFA Champions League 2019/20 yang menyaksikan mereka bergelar juara.
“Pujian setinggi-tingginya buat Holger Broich dan keseluruhan staf kejurulatihan lain kerana pelan latihan dan diet mereka menjadi ketika rehat (kerana wabak COVID-19).
“Saya percaya ia punca utama kami cemerlang sebaik sahaja aksi bola sepak disambung semula. Broich merancang pelan dengan baik sekali. Kami semua berada dalam keadaan fizikal terbaik. Ini penting, terutama sekali dalam format kejohanan seperti Champions League, di mana anda perlu menaikkan tahap intensiti apabila lawan sudah mula penat.”
Baca juga artikel lain yang berkaitan:
Dikutuk Badan Semakin Diisi Lemak, Jese Rodriguez Dakwa Itu Adalah Otot