Baru-baru ini kecoh di media sosial berkenaan negara jiran kita, Indonesia telah digugurkan dari menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20 pada pertengahan tahun ini.
Tindakan FIFA ini adalah susulan ada beberapa pemimpin dari Bali dan Jawa Tengah tidak izinkan Israel datang ke negara tersebut atau lebih tepat ke kawasan yang akan berlangsung kejohanan itu nanti.
Ketum PSSI Harap Tak Dikenakan Denda Berat Daripada FIFAhttps://t.co/sJlj94XnjA
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 1, 2023
Persoalan yang sama, apakah Malaysia akan bertindak sedemikian jika diberi hak menjadi tuan rumah melibatkan pasukan dari Israel?
Dengan peningkatan skuad senior bola sepak Malaysia ketika ini, ia pasti memberi kesedaran buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam membida sesuatu hak kejohanan apatah lagi jika ada penyertaan dari negara Israel.
Misal kata Malaysia tetap ingin menjadi tuan rumah, mungkin akan terjadi sedikit kekecohan kerana akan ada bantahan dari masyarakat dan ini akan menyebabkan Malaysia dalam situasi sama seperti Indonesia.
Suka untuk diingatkan, Malaysia pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20 pada 1997 ketika itu menyaksikan Argentina muncul juara.
Cuma bezannya tahun tersebut tiada penyertaan dari negara tersebut.
Semua sedia maklum, nama Israel sememangnya begitu kuat hingga boleh mengundang amarah dalam masyarakat setempat kerana tindakan mereka menindas saudara kita di Palestin.
Biarpun ada sesetengah rakyat dalam diam menggunakan juga produk dari negara tersebut tanpa rasa bersalah.
Bukti nama Israel yang begitu sinonim dalam kalangan rakyat kita adalah harga makanan sering dikaitkan dengan ‘harga yahudi’ sedangkan kalau mereka datang membeli sendiri di Malaysia pun mereka lagi terkejut tengok harga orang kita.
Berbalik kepada topik utama, biar pun presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dipilih sebagai ahli FIFA, namun jika terjadi seperti di Indonesia, pasti sukar untuk diselamatkan.
Setiap tindakan pasti ada kesannya. Dari segi semangat Islam kita boleh puji akan tetapi bayaran mereka cukup mahal.
Bukan sahaja hilang kelayakan sebagai tuan rumah malah mungkin akan hadapi beberapa lagi kesan seperti sukar untuk membida hak tuan rumah untuk Piala Dunia 2034 dan Sukan Olimpik 2036.
Lebih menyedihkan mungkin tempat mereka di Piala Asia 2023 akan digantikan dengan pasukan lain dan tidak dibenarkan menyertai kejohanan melibatkan FIFA untuk beberapa tahun.
Dengan kebijaksanaan Hamidin, kita percaya beliau pasti tidak akan ulangi apa yang terjadi di Indonesia apatah bola sepak Malaysia sedang berada di landasan terbaik di bawah kepimpinannya.
Ketelitian Gerak Kerja Kim Pan-gon Untuk Kekal ‘Top’ 25 Asiahttps://t.co/P9wBc0qyr4
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 30, 2023
Sejak memegang tampuk FAM, bola sepak Malaysia semakin dikenali dan terbaharu berjaya membantu Harimau Malaysia berada di ranking 140 terbaik dunia.
Moga bola sepak Malaysia akan terus berjaya di masa akan datang dan jangan sesekali melakukan tindakan yang boleh mengundang tindakan dari FIFA.