Jika ‘Les Canaris’ Di Ligue 1 Terasa Jauh, Quang Hai Boleh Cuba ‘Sang Kenari’ Di Liga Malaysia

Nguyen Quang Hai Vietnam Sang Kenari

Baru-baru ini, sebuah media Perancis, Sport France mendedahkan yang bintang sensasi Vietnam, Nguyen Quang Hai bakal menyertai kelab yang digelar ‘Sang Kenari’ di Ligue 1, FC Nantes untuk musim hadapan.

Begitupun, ejen kepada pemain itu, Dac Han enggan mengesahkan khabar angin pemain itu akan ke Nantes, tetapi mengesahkan rundingan masih lagi dilakukan. Ini menjadikan peluang untuk pasukan lain juga terbuka.

“Buat masa ini saya tidak boleh berkata apa-apa. Saya juga enggan memberi respon kepada laporan media kerana belum ada apa-apa telah diputuskan setakat ini. Pihak media boleh menyiarkan apa sahaja maklumat, itu kerja mereka. Tetapi saya tidak boleh mengesahkan apa-apa lagi setakat ini.”

Dac Han, Ejen Quang Hai

Quang Hai boleh didapati secara percuma apabila kontraknya bersama Hanoi FC di V-League 1 berakhir pada minggu hadapan. Ramai penyokong tertanya-tanya, mengapa Quang Hai tidak memilih kekal di Vietnam.

Mungkin punca kepada keputusan drastiknya adalah daripada insiden penolakkan tawaran perpindahannya.

Sebelum ini, sejurus berakhirnya saingan Piala AFF 2020, bintang sensasi Vietnam itu dikatakan sedang cuba dilamar oleh kelab dari Bundesliga yang beraksi di UEFA Champions League – pendedahan The Thao 24/7.

Namun, segalanya tampak tidak menjadi kenyataan disebabkan dikatakan Quang Hai dan Hanoi FC tidak berminat untuk meneruskan sebarang perbincangan. Namun, tiba-tiba landskap khabar perpindahan ini berubah. Quang Hai rupa-rupanya ‘berminat’ dan mungkin Hanoi FC yang cuba menghalang pemain itu.

Perbincangan terakhir tentang kontraknya bersama Hanoi FC pula berakhir dengan kegagalan baru-baru ini.

Secara kebetulannya, di Liga Malaysia, Sang Kenari atau Kedah Darul Aman FC sedang menghadapi masalah kehilangan tenaga import apabila Dennis Buschening disahkan terpaksa melupakan saingan musim ini selepas mengalami kecederaan Achilles yang memerlukan tempoh sehingga enam bulan untuk pulih sepenuhnya.

Menariknya, seperti Kedah, destinasi yang hangat dikaitkan dengannya, Nantes juga digelar Sang Kenari.

Dennis Buschening adalah pemain import untuk kouta Asean dan Quang Hai juga adalah pemain Asean.

Kontrak Berbaki Setahun & Gaji Tidak Mewah, Kenapa Tiada Kelab Liga M Lamar Nguyen Quang Hai?

Adakah gaji akan menjadi faktor penghalang? Mungkin cita-cita ke Eropah sahaja yang bakal jadi pemisah.

Dan bagi yang mungkin beranggapan gaji pemain dari V-League lebih tinggi dan mungkin tak mampu digapai pasukan dari Liga Super Malaysia, sebenarnya anda salah. Menurut penganalisis bola sepak Malaysia, Zuraimi Zukri yang memetik daripada beberapa sumber, gaji pemain di V-League tidaklah terlalu mewah dan mahal.

Katanya di Facebooknya awal Februari lalu, “Menurut 1 artikel dari #sports442 pertengahan 2019 berkaitan gaji pemain V-League, pemain seperti [Nguyen] Van Quyet adalah sekitar RM6,200 hingga RM6,700 selepas cukai.”

“Pemain nama besar seperti Quang Hai, Dinh Trong atau Duy Manh juga tidak terlalu tinggi. Pasukan sederhana SLNA memberi gaji dalam anggaran RM1,800 hingga RM2,700 sebulan bagi setiap pemain. Juga ditulis gaji paling tinggi tidak sampai RM10,000. Kebanyakan kelab menawarkan bonus baik berbanding gaji tinggi.

“Sekitar tahun 2010 kelab Vietnam gemar mengambil pemain import dari Afrika kerana lebih murah. Dalam $3,000 hingga $5,000 sebulan. Jika mereka mahu menggunakan khidmat pemain dari Eropah kos mereka terlalu tinggi boleh mencecah $300,000 setahun,” titipnya di akaun Facebooknya tentang gaji di V-League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN