Pernahkah anda tertanya-tanya: jika gelaran kelab Watford FC adalah The Hornets (Sang Tebuan), mengapa logo kelab mereka mempunyai gambar rusa?
Gambar rusa dalam logo kelab Watford sebenarnya adalah gambar rusa jantan yang mewakili wilayah Hertfordshire yang menjadi habitat rusa di selatan England.
Dalam bahasa Inggeris, hart (atau hert mengikut ejaan Old English) bermaksud rusa jantan. Maka sebab itulah, kawasan yang dipenuhi dengan rusa ini dinamakan Hertfordshire.
Ketika logo Watford ini direka, Watford adalah satu-satunya kelab bola sepak yang mewakili mukim Hertfordshire dalam sistem liga bola sepak Inggeris. Barnet FC turut ditubuhkan di mukim yang sama dengan Watford, tetapi Barnet hanya baru masuk ke liga bola sepak Inggeris pada 1991.
Untuk pengetahuan anda, logo Watford yang mempunyai gambar rusa ini sebenarnya logo baru (dicipta pada 1977). Sebelum ini, logo Watford pada era 60-an dan 70-an mempunyai gambar tebuan (the hornet).
Malah sehingga kini, maskot Watford adalah seekor tebuan, Harry the Hornet!
Jika Watford sudah menggunakan gambar rusa pada logo kelab, mengapa mereka masih mengekalkan gelaran The Hornets?
Ia adalah kerana warna jersi kuning dan hitam yang sinonim dengan Watford.
Baca juga: TAHUKAH ANDA ASAL-USUL LAGU CHAMPIONS LEAGUE?