Tahukah Anda Asal-usul Lagu Champions League?

“Mendengar lagu tema Champions League adalah perasaan yang hebat. Champions League sentiasa membawa makna tersendiri kepada ramai orang – bagi kami sebagai pemain, ia memberi makna istimewa. Bila lagu temanya dimainkan, bulu roma saya berdiri.”Dani Carvajal (Real Madrid).

“Ianya bagaikan mimpi bila memikirkan anda akan bermain di Champions League. Apabila anda berdiri bersama rakan-rakan sepasukan, mendengar lagu tema Champions League, bulu roma anda akan berdiri.”Marc-Andre ter Stegen (Barcelona).

Anda tahu sebuah lagu itu hebat jika ia mampu membuat bulu roma anda meremang. Lagu Champions League adalah salah satu lagu yang mampu memberi anda perasaan sebegitu.

Tetapi tahukah anda sejarah dan asal-usul lagu Champions League?



Asal-usul melodi lagu

Muzik lagu tema Champions League diambil dan diubah suai daripada lagu gubahan komposer British kelahiran Jerman abad ke-17, Handel, yang bertajuk Zadok the Priest.

Zadok the Priest merupakan salah satu daripada 4 lagu yang digubah oleh Handel untuk dimainkan ketika upacara pertabalan King George II pada 1727. Tradisi memainkan lagu ini ketika upacara pertabalan diraja British masih dipertahankan sehingga kini.

Pada 1992, UEFA mengupah komposer British, Tony Britten, untuk menulis lagu tema Champions League yang pada ketika itu baru sahaja bermula. Lagu tersebut dimainkan semula oleh Royal Philarmonic Orchestra dan dinyanyikan oleh Academy of St. Martin in the Fields Chorus.

Lirik lagu

Versa 1:
Ce sont les meilleures equipes (Inilah pasukan terbaik)
Es sind sie allerbesten Mannschaften (Pasukan terhebat)
The main event (Upacara utama)

Korus:
Die Meister (Yang pakar)
Die Besten (Yang terbaik)
Les grandes equipes (Pasukan yang terhebat)
The champions! (Yang juara!)

Versa 2:
Une grande reunion (Upacara terbesar)
Eine große sportliche Veranstaltung (Upacara sukan terhebat)
The main event (Upacara utama)

Pra-korus:
Ils sont les meilleurs (Merekalah yang terbaik)
Sie sind die Besten (Merekalah yang terhebat)
These are the champions (Yang juara!)

(Ulang korus)

Lirik lagu ini mengandungi tiga bahasa rasmi UEFA iaitu bahasa Jerman, Perancis dan Inggeris.

Baca juga: Rafa Benitez Dimaki Oleh Cristiano Ronaldo Selepas Latihan Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN