Morgan Schneiderlin kini sudah bergelar pemain Everton yang baharu selepas berpindah dari Manchester United.
Ia boleh dikatakan sebagai permulaan yang segar untuk bekas pemain Southampton ini selepas gagal menjadi muka tetap dalam kesebelasan utama Manchester United di bawah kendalian Jose Mourinho.
Hal ini kerana beliau akan bersama semuka dengan Ronald Koeman – pengurus yang menjadikan beliau pemain yang cukup stabil di Premier League.
Pembelian yang baik?
Schneiderlin dibeli dengan harga yang tidaklah terlalu mahal iaitu hanya £20 juta sahaja.
Namun begitu, harga tersebut boleh meningkat kepada £24 juta selepas terdapat beberapa ads-on yang terdapat dalam kontrak beliau.
Beliau dijangka akan beraksi pada perlawanan menentang Manchester City minggu ini.
Rata-rata respon yang diberikan oleh peminat Everton berpuas hati dengan pembelian Koeman ini. Sambil mereka mengharapkan pemain yang berasal dari Perancis ini dapat mengembalikan prestasi beliau di Everton seperti ketika di Southampton dahulu.
Hasil tinjauan penulis, bukan sahaja penyokong Everton yang mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Malah ramai penyokong Manchester United yang mengucapkan selamat maju buat beliau di laman Facebook Everton.
Perpindahan Schneiderlin ke Everton nyata satu perkara yang tidak digemari penyokong Manchester United. Hal ini kerana, rata-rata dari penyokong Manchester United gemar dengan beliau.
Namun demi kebaikan karier beliau, beliau terpaksa pergi untuk menjadi pemain yang lebih baik.
Ketika bercakap kepada media, Schneiderlin begitu gembira kerana dapat bermain untuk pasukan seperti Everton.
“Everton adalah pasukan Inggeris yang kaya dengan sejarah.”
Nombor pelik
Namun, apa yang membayangi berita perpindahan Schneiderlin adalah mengenai nombor jersi yang dipakai beliau.
Everton telah memberikan jersi bernombor 2 kepada beliau. Dan rata-rata penyokong Everton merasakan tindakan ini merupakan tindakan yang ‘pelik’ dari Everton.
Hal ini kerana nombor 2 adalah nombor yang pelik untuk seorang pemain tengah.
Sebelum ini, pemain Asamoah Gyan pernah menyarung jersi nombor 3 semasa bermain di Sunderland dan William Gallas pernah menyarung jersi 10 ketika bermain di Arsenal.
Ada penyokong Everton yang mengucapkan ‘semoga berjaya’ kepada Schneiderlin.
Beliau berkata secara perli kerana nombor 2 itu dikatakan nombor yang berat untuk Schneiderlin. Hal ini kerana sebelum ini, nombor jersi itu dipakai oleh lagenda Everton – Tony Hibbert.
Apa pun, semoga berjaya buat Schneiderlin!
Baca juga: Adakah JDT Akan Jalin Kerjasama Dengan King Power?