Jersi Kedah ‘Mendunia’ Di Saingan Piala Asia 2023

Jersi Kedah Darul Aman (Kedah) boleh dianggap sebagai antara rekaan tercantik sebenarnya pada tahun lalu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sehingga mendapat pujian ramai pemerhati bola sepak tempatan.

Namun, ianya menjadi lebih menarik apabila ia turut mendapat perhatian daripada media antarabangsa untuk turut mempamerkannya secara umum di mata ramai pemerhati bola sepak seluruh Asia atau dunia.

Terbaharu, laman AFC Cup telah pun mempamerkan salah seorang pemain import Sang Kenari pada tahun lalu iaitu Moses Atede di laman Facebook mereka sambil pemain tersebut mengenakan jersi serba hijau kuning milik Kedah.

“Adakah pemain Kedah iaitu Moses Atede memberikan aksi yang padu di posisi tengah Bahrain untuk berdepan Jepun?,” jelas kenyataan tersebut di Facebook.

Atede merupakan salah seorang pemain paling berkualiti ketika ini bersama Bahrain untuk saingan Piala Asia 2023, selepas aksinya di posisi tengah membantu negara itu mara ke pusingan 16 terbaik.

Terdahulu, Bahrain muncul selaku juara Kumpulan E, selepas mereka mencatat dua kemenangan serta satu kekalahan sahaja untuk mengumpul enam mata secara keseluruhan mengatasi Korea Selatan.

Atede yang telah diberi peluang beraksi sebanyak dua kali dalam kesebelasan utama tampil tidak mengecewakan apabila beliau mempamerkan aksi cukup berkualiti untuk Bahrain.

Pemain kebangsaan Bahrain itu sebenarnya sudah pun cukup dikenali dalam saingan Liga M musim lalu, selepas beliau menyertai Kedah pada pertengahan tahun untuk memberi impak dengan cukup pantas.

Musim lalu menyaksikan Atede beraksi dalam 10 perlawanan bersama Kedah dalam saingan Liga Super untuk mencatat satu gol bersama satu bantuan jaringan selaku pemain tengah bertahan.

Aksi cemerlang bersama Sang Kenari menjadikan beliau berjaya melayakkan diri untuk pertama kali mewakili Bahrain di pentas antarabangsa dan tersenarai sebagai antara tonggak utama ketika aksi Piala Asia 2023.

Malah, berkemungkinan Atede akan terus memainkan peranan penting pada aksi hari ini membabitkan pasukan tersebut menentang gergasi Asia iaitu Jepun untuk misi melayakkan diri ke pentas suku akhir.

Walaupun Kedah tidak mempunyai wakil tempatan di saingan Piala Asia kali ini, secara keseluruhan Sang Kenari tetap mempunyai dua pemain import mereka dalam kejohanan tersebut iaitu Moses Atede (Bahrain) serta Amirbek Juraboev (Tajikistan), selain bekas tonggak mereka, Mahmoud Al-Mardi (Jordan).

Kami mengharapkan Atede dapat memberikan mutu permainan berkualiti untuk mewakili Bahrain serta cuba mencipta kejutan bagi cuba melayakkan diri ke pusingan lebih jauh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN