5 Pemain Malaysia Paling Menyerlah Sepanjang Aksi Piala Asia 2023

Malaysia secara rasminya sudah pun menamatkan saingan Piala Asia 2023 di peringkat Kumpulan E, selepas mereka gagal untuk mara ke pusingan seterusnya kerana hanya mengumpul satu mata sahaja.

Sepanjang saingan tersebut berlangsung, Malaysia telah pun menghadapi tiga perlawanan dan mencatat dua kekalahan kepada Jordan serta Bahrain dan meraih sekali keputusan seri sewaktu menentang Korea Selatan.

Secara keseluruhan, Malaysia telah pun memperbaiki rekod mereka di Piala Asia sejak 2007 dengan berjaya sekurangnya meraih satu mata serta mampu mengumpul tiga jaringan secara keseluruhan.

Perlawanan paling diingati ramai pastinya ketika mereka berdepan Korea Selatan, apabila skuad kebangsaan mencipta kejutan untuk mengikat seri gergasi Asia itu menerusi keputusan 3-3.

Sepanjang saingan berlangsung, kami melihat lima pemain paling menyerlah buat Malaysia dan dianggap memberi sumbangan cukup besar dalam setiap perlawanan dihadapi mereka.

Faisal Halim

Pemain sayap kebangsaan ini tampil dalam tiga perlawanan secara keseluruhan bersama pasukan Harimau Malaya untuk saingan Piala Asia kali ini di Qatar.

Jika aksi berdepan Jordan segalanya tampak kurang menjadi buat Faisal, pemain ini berjaya mencipta kebangkitan dalam corak permainan ketika menentang Bahrain menerusi kelincahannya.

Namun, paling diingati pastinya ketika Faisal menjadi pencetus kepada kebangkitan Harimau Malaya menerusi jaringan ‘ajaib’ beliau sewaktu berdepan cabaran Korea Selatan dengan pemain itu turut berjaya memperdayakan pertahanan bintang dunia, Kim Min-jae.

Arif Aiman Hanapi

Pada usia masih muda, Arif jelas tidak mempamerkan rasa gugup sepanjang mengharungi tiga perlawanan bersama pasukan kebangsaan di pentas tertinggi Asia itu.

Kerajinan dipamerkan oleh Arif untuk sentiasa bergerak ke atas dan bawah bagi memastikan penguasaan bola terus dimiliki pasukan kebangsaan antara perlu dipuji.

Arif juga menjadi antara bintang muda yang berjaya merekodkan jaringan di pentas Piala Asia menerusi gol pendahuluan hasil sepakan penalti pada aksi terakhir menentang Korea Selatan.

Dominic Tan

Antara pemain yang kurang diyakini segelintir penyokong negara ketika nama beliau terpilih untuk mengharungi saingan Piala Asia 2023 di Qatar kerana rekod lalu beliau kurang menyakinkan.

Namun apa yang dilakukan oleh Dominic jelas di luar jangkaan apabila pemain tersebut tampil begitu menyakinkan di posisi pertahanan negara ketika dibawa turun menentang Bahrain.

Kemuncak pada prestasi beliau pastinya ketika Dominic menjadi antara pemain paling menonjol sewaktu menyerap segal tekanan diberikan Korea Selatan pada aksi terakhir negara di Kumpulan E.

Stuart Wilkin

Konsistensi dipamerkan oleh Stuart tidak boleh dipertikaikan lagi, sehingga status kesebelasan utama terus kekal menjadi milik beliau sepanjang tiga aksi dihadapi pasukan negara.

Beraksi di posisi tengah serangan, Stuart antara pemain menonjol menerusi kerajinan beliau untuk bergerak di serata padang untuk memastikan aliran bola sentiasa menjadi milik pasukan kebangsaan.

Malah, Stuart juga menjadi opsyen seterusnya buat pasukan kebangsaan untuk cuba mendapatkan jaringan menerusi beberapa percubaan deras beliau dari jarak jauh selain tenang mengawal situasi.

Dion Cools

Pertahanan utama negara ini jelas tidak boleh dipertikaikan lagi sumbangannya untuk pasukan kebangsaan, sejak daripada awal beliau menyarung jersi kebangsaan.

Pengalaman beliau di pentas Eropah terdahulu menjadikan Cools begitu tenang mengawal situasi pertahanan negara selain disiplin dipamerkan beliau banyak menyelamatkan keadaan Harimau Malaya.

Selain aktif menutup ruang dengan begitu pantas, Cools juga beberapa kali berjaya melakukan hantaran-hantaran tepat berkualiti untuk para pemain di posisi hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN