Bola sepak itu lebih daripada sukan mencari siapa menang dan siapa menjulang piala. Ianya lebih daripada itu. Semangat kesukanan, kemanusiaan dan persahabatan antara yang sentiasa wujud dalam bola sepak.
Pada Jumaat lalu, kelab Brazil, Chapecoense dan Umbro telah melancarkan jersi ke-3 mereka dengan tema penghargaan (tribute) kepada negara Colombia yang merupakan negara untuk kelab Atletico Nacional.
Ini selepas penyokong Atletico Nacional dan kelab tersebut menjadi pihak yang paling banyak menyokong mereka melalui masa sukar selepas nahas kapal terbang selain daripada sokongan lain dari seluruh dunia.
Ketika melancarkan jersi ini, Chapecoense mengeluarkan kenyataan rasmi berbunyi:
“Semangat adalah perkara yang menggerakkan bola sepak dan menjadi motivasi untuk menghadapi apa sahaja. Bola sepak juga telah menyatukan penyokong Chape dan Colombia.”
“Ini yang membuatkan Umbro mendapat ilham untuk menghasilkan rekaan menarik ini. Paling penting ianya adalah satu tanda dan simbol cinta kedua-dua buah negara serta semangat yang disemat dalam dada.”
Tragedi nahas kapal terbang di Madellin, Colombia melibatkan pasukan Chapecoense telah meragut 71 nyawa termasuk penumpang dan petugas kapal terbang serta media.
A paixão é o que move o futebol e motiva qualquer superação. Também é o que une torcedores da Chape e da Colômbia. Isso inspirou a nova camisa da Umbro, feita para você carregar essa paixão no peito. #VamosChape #Colômbia #LaPasión #UmbroNations pic.twitter.com/pjJhczXIjr
— Chapecoense (@ChapecoenseReal) April 14, 2018
Chapecoense dalam perjalanan untuk bermain perlawanan pertama final sulung mereka untuk Copa Sudamericana final menentang kelab Colombia, Atletico Nacional. Ianya adalah perlawanan paling besar dalam sejarah kelab mereka.
Chapecoense kemudian menghantar surat rasmi menyatakan mereka tidak boleh bermain kerana tidak cukup pemain. Lebih-lebih lagi mereka sedang berkabung.
Akhirnya, Atletico Nacional membuat keputusan untuk menghadiahkan trofi kejuaraan kepada Chapecoense.
Satu acara peringatan khas dibuat atas dasar semangat setia kawan. Pada April lalu, kedua-dua pasukan bertemu pertama kali selepas insiden tersebut.
Persahabatan di antara kedua-dua kelab ini kemudian menjadi semakin kuat dan banyak membantu Chapecoense bangkit daripada tragedi.