Jaringan Masa Kecederaan Nik Akif Selamatkan Debut Fajr Ibrahim Di Paroi

Ini merupakan debut untuk Fajr Ibrahim. Azraai Khor pula bertemu semula dengan bekas pasukan beliau, Kelantan. Ini adalah pertembungan oleh 2 pasukan di zon penyingkiran.

Fajr memberikan kepercayaan kepada beberapa pemain muda dalam pasukan beliau.

Separuh masa pertama

Perlawanan bermula dengan agak seimbang. Namun Flavio Beck Junior meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-8. Satu gerakan lincah dalam kotak penalti.

Selang seminit kemudian, Negeri Sembilan hampir menambah gol, tetapi Fakrul Aiman memutuskan untuk menghantar bola kepada Don Heun. Dan sepakan Don Heun dihadang.

Minit ke-13, Kelantan mendapat peluang menerusi Fakhrul Zaman namun berjaya dihadang oleh pertahanan.

Minit ke-19, Nicholas Velez mendapat peluang 1 lawan 1 namun gagal menyempurnakannya. Kelantan kelihatan rapuh. Velez terus mendapat beberapa peluang selepas itu kerana kelekaan pertahanan Kelantan.

Kelantan kemudian melancarkan 2 percubaan bahaya. Satu daripada Fakhrul Zaman yang berdepan 1 lawan 1 tetapi percubaan yang tepat ke arah Mohamad Kaharuddin. Nik Akif melakukan percubaan dari luar.

Fakrul Aiman terpaksa dikeluarkan kerana cedera. Beliau adalah pemain yang mengumpan bola untuk gol pembukaan Flavio. Fakrul digantikan oleh pemain muda, N. Thanabalan.

Nik Azli melakukan percubaan deras yang diselamatkan oleh Mohamad Kaharuddin. Pada akhir minit separuh masa pertama, Do Dong Hyun dikeluarkan digantikan dengan Shafiq Shahrudin.

Separuh masa kedua

Bersambung babak kedua, Kelantan terus mendapat peluang awal dengan sepakan percuma dari luar kotak penalti. Namun percubaan Shafiq Shaharudin liar.

Thanabalan kemudian mensia-siakan peluang untuk menambah gol pendahaluan tidak lama selepas itu.

Kedua-dua pasukan kemudian sekali lagi beraksi seimbang selepas 10 minit separuh masa kedua berlangsung.

Minit ke-68 Nicholas Velez gagal mengambil kesempatan selepas kesilapan penjaga gol Mohammad Fikri yang bertembung dengan rakannya, terlepas bola.

Ghaddar memberikan respon. Namun terlepas peluang menjaringkan gol dari jarak dekat. Percubaan beliau diselamatkan Kaharuddin.

Pada minit ke-77, Khairul Rizam gagal menyempurnakan peluang gol dengan tandukan lemah selepas umpanan menarik Nik Azli.

Minit ke-81, Velez gagal melakukan tindakan susulan selepas rakan beliau melakukan percubaan Aizuridzwan yang membuatkan bola muntah daripada tangan penjaga gol.

Pada masa kecederaan, kelekaan pertahanan Negeri Sembilan membolehkan Nik Akif menjaringkan gol penyamaan dari jarak dekat.

Perlawanan berakhir 1-1. Debut yang menghasilkan 1 mata oleh Fajr Ibrahim. Negeri Sembilan masih gagal menang dalam Liga Super sejak 2012 ke atas Kelantan di Paroi. Negeri Sembilan mensia-siakan peluang untuk keluar dari zon penyingkiran.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN