Selangor FC pada hari ini secara rasminya telah melancarkan jersi terbaru mereka bagi musim 2023 dengan peminat sangat tidak gembira melihat rupa jersi tersebut.
Gergasi Merah Kuning itu telah melancarkan jersi terbaru mereka pada hari ini di SACC Mall, Shah Alam dan mereka turut memperkenalkan pemain import terbaru kelab di acara yang sama.
Perkara yang paling mencuri tumpuan di acara tersebut adalah tentang jersi terbaru skuad Selangor dengan rata-rata penyokong menganggap ia jersi terburuk dalam sejarah bola sepak kelab.
Baru sampai Malaysia pagi tadi, Ayron del Valle diperkenalkan secara rasmi sebagai penyerang baru Selangor FC! 🇨🇴🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/6cNPPUp4Ys
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 28, 2023
Jersi tersebut dianggap hilang jati diri Selangor sendiri kerana warna pada jersi tersebut bukanlah warna tradisi kelab.
Merah pada jersi terbaru Selangor FC dikatakan lebih kepada warna merah tradisi Kelantan dan bukannya warna merah yang sering digunakan oleh Red Giants.
Sebaik melihat gambar jersi terbaru skuad Selangor itu, para penyokong tak henti-henti menghentam pimpinan kelab kerana menghasilkan jersi yang sangat buruk.
Bahkan ada peminat yang tidak mahu membeli jersi tersebut kerana merasakan itu bukanlah jersi Selangor yang sebenarnya.
Stadium Shah Alam sumber inspirasi utama jersi baru Selangor FC 🔥
Saksikan Nadi Weekend setiap Sabtu & Ahad pada jam 7.30 malam!#NadiWeekend #AstroArena @selangorfc pic.twitter.com/ZTnScHFghf
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 28, 2023
Peminat merasa kecewa kerana ketika Selangor memiliki skuad yang menarik, namun jersi pula merosakkan mood peminat untuk menyokong.
Alasan sebalik terhasilnya jersi terbaru Selangor
CEO Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon tampil menjelaskan tentang mengapa jersi terbaru Selangor direka seperti itu dengan menyatakan bahawa ia tribute untuk Stadium Shah Alam yang akan dirobohkan tidak lama lagi.
“Kebesaran dan sejarah pencapaian kelab di stadium ini amat berharga dan sukar ditandingi. Setelah pelbagai sesi perbincangan diadakan, kerajaan negeri akhirnya memutuskan untuk membangunkan kembali Stadium Shah Alam melalui Projek Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam.”
Jelas Dr Johan Kamal.
"Penggunaan warna merah sebagai warna utama jersi ini adalah lambang keberanian, kekuatan serta semangat yang tinggi dalam pasukan dan warna 'pasir' sebagai warna kedua…."#AWANInews #AWANI745https://t.co/YO8x4BuAh8
— Astro AWANI (@501Awani) January 28, 2023
“Justeru itu, kami merasakan ini adalah masa yang terbaik bagi kita mengabadikan memori stadium ini dan pada masa yang sama turut menjadikan momen ini sebagai satu titik permulaan dan lembaran baharu yang lebih gemilang buat pasukan dan buat negeri Selangor.”
“Oleh itu, kami mengambil inisiatif memilih Stadium Shah Alam sebagai tema utama jersi home 2023 dengan menerapkan elemen-elemen ikonik infrastruktur stadium tersebut ke dalam jersi ini.”
“Tabik terakhir merupakan mesej penghormatan dan penghargaan kepada sejarah dan memori stadium tersebut sebelum bertukar wajah menjadi Kompleks Sukan Shah Alam.”
Bercakap tentang ketiadaan warna kuning yang digantikan dengan warna putih pada jersi tersebut, Dr Johan mendedahkan ia kerana mereka memilih warna pasir juga sebagai tribute kepada stadium Shah Alam.
JERSI HOME SELANGOR FC 2023 ❤️💛
Tabik Terakhir 🫡!
Stadium Shah Alam menjadi tema utama jersi Home musim ini bagi mengabadikan memori dan sejarah gemilang stadium tersebut sebelum bertukar wajah menjadi Kompleks Sukan Shah Alam.
[1/2] pic.twitter.com/DpXAJb9TyT
— Selangor FC (@selangorfc) January 27, 2023
Peminat masih tidak puas hati
Walau sudah mendengar alasan tersebut, sepertinya masih ramai peminat yang tidak berpuas hati dan menegaskan bahawa warna merah itu bukan warna tradisi kelab.
Peminat juga merasakan yang andai pimpinan kelab berhasrat mahu memberi tribute kepada Stadium Shah Alam mereka seharusnya menghasilkan jersi yang lebih berkualiti.