Bola sepak antarabangsa secara amnya masih berehat dalam beberapa minggu lalu. Oleh itu tidak banyak pergerakan melibatkan 206 pasukan yang berdaftar dengan FIFA.
Hanya 2 perlawanan persahabatan yang memberikan impak besar dalam ranking kali ini. 5 teratas masih kakal seperti sebelum ini dengan Jerman di atas, diikuti, Brazil, Portugal, Argentina dan Belgium.
Skuad Poland paling cemerlang dalam 10 teratas apabila berjaya naik 1 anak tangga ke kedudukan tangga ke-6. Secara keseluruhan, Andorra menjadi pasukan paling banyak naik kali ini dengan kenaikkan 7 anak tangga ke kedudukan ke-215.
Ireland Utara naik 2 anak tangga ke kedudukan ke-24, Austria naik 1 anak tangga ke kedudkan ke-28. Republik Czech naik 3 anak tangga untuk berada di tangga ke-43.
Pecahan 50 ranking teratas:
UEFA – 30 pasukan
CONMEBOL – 9 pasukan
CAF – 5 pasukan
CONCACAF – 4 pasukan
AFC – 2 pasukan
OFC- 1 pasukan
Burkina Faso menjadi pasukan mengumpul mata paling banyak kali ini dengan 21 mata. Manakala pasukan paling banyak hilang mata adalah Arzebaijan dengan 32 mata, mereka juga turun 8 anak tangga, yang paling teruk turun kali ini.
Untuk skuad Malaysia, tiada perlawanan setakat ini membuatkan Malaysia turun 3 anak tangga ke-178.
Sudah pastinya ia adalah catatan baru dalam sejarah terburuk ranking Malaysia sejak sistem ranking diperkenalkan.
Namun, selepas ini, skuad Tan Cheng Hoe ada peluang untuk memperbaiki angka itu dengan perlawanan antarabangsa tidak lama lagi. Persediaan sudah pun dibuat.
Kemboja naik 1 anak tangga dan Singapura naik 3 anak tangga untuk berkongsi kedudukan di ranking ke-171. Indonesia turun 2 anak tangga ke kedudukan ke-162.
India naik 3 anak tangga untuk kembali semula ke dalam 100 teratas dengan menghuni tangga ke-99.