Jepun Ke Piala Dunia Kali Ke-6 Berturut-Turut! Korea Selatan Tunggu Dulu!

Pasukan Jepun ataupun Samurai Biru mara ke Piala Dunia untuk kali ke-6 berturut-turut sejak 1998. Jepun cemerlang menewaskan Austraila 2-0. Mereka turut menjadi negara ke-6 yang mara ke Piala Dunia.

Jurulatih Jepun Vahid Halilhodzic bangga dengan pencapaian pemain-pemain beliau. Dia juga turut memuji pemain-pemain yang turun menentang Australia meskipun tanpa Keisuke Honda, Shinji Okazaki dan Shinji Kagawa di dalam kesebelasan utama.

Takuma Asano dan Yosuke Ideguchi menjaringkan 2 gol berharga untuk Jepun merajai kumpulan B dalam pusingan kelayakan akhir ke Piala Dunia Russia 2018.

Aurstralia kini perlu memintas Arab Saudi yang menduduki di tangga ke-2. Persaingan 2 pasukan ini pastinya menarik untuk perlawanan terakhir kumpulan B.

Untuk pengetahuan pembaca semuanyaBOLA, 2 pasukan teratas akan layak secara automatik ke Russia. 2 pasukan di tangga ke-3 masing-masing daripada kumpulan A dan B akan bertemu dalam 2 perlawanan penentuan timbal balik untuk ke play-off antara benua/zon.

Dalam kumpulan A pula, Korea Selatan pula masih perlu bertarung untuk layak. Ini selepas pasukan Korea Selatan diikat seri tanpa jaringan oleh Iran.

Iran adalah pasukan yang sudah sah mara ke Piala Dunia. Kempen kelayakan Korea Selatan kali ini agak sukar kerana pasukan China, Syria dan Uzbezkistan nyata memberikan saingan yang hebat untuk kepada mereka.

Namun saingan untuk tempat kedua (slot automatik) kini tertumpu kepada 3 penjuru di antara Korea Selatan, Syria dan Uzbezkistan.

Perlawanan terakhir akan berlangsung pada Selasa, 5 September ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN