Eden Hazard: Harga Perpindahan Saya Lebih Tinggi Dari Neymar

Eden Hazard

Bintang Chelsea, Eden Hazard dengan nada bergurau mengatakan bahawa beliau bernilai € 300 juta (£267 juta) dalam pasaran sekarang selepas membincangkan mengenai perpindahan £ 199 juta Neymar ke Paris Saint-Germain musim panas ini.

Pemain antarabangsa Brazil itu sekaligus menjadi pemain paling mahal sepanjang masa ketika ini selepas meninggalkan Barcelona untuk PSG yang menjadikan berita perpindahan mega ini sebagai kejutan buat dunia bola sepak.

Hazard percaya yuran itu masih masuk akal walaupun kritikan yang meluas terhadap inflasi yang besar dalam yuran perpindahan tersebut dan juga merasakan bahawa beliau juga mungkin berharga lebih tinggi sekiranya berpindah.

Malahan terdapat juga khabar angin bahawa pemain antarabangsa Belgium itu merupakan antara calon untuk menggantikan Neymar di Nou Camp.

Eden Hazard
Hazard beraksi selama 75 minit bersama pasukan B-23 Chelsea bertemu Everton. Kredit foto : Mirror UK

”Saya tidak tahu berapa harga yang akan dikenakan terhadap saya. Mungkin € 300 juta? ” ulas Hazard yang kini berada di kem skuad kebangsaan Belgium memberitahu kepada HNL.

“Keadaan ini semuanya bergantung kepada pasaran. Neymar adalah pemain Brazil, mempunyai banyak potensi, berumur setahun lebih muda daripada saya dan bermain untuk Barcelona. Bayaran perpindahan juga bergantung pada kontrak anda dan beberapa perkara lain. Kita akan lihat betapa saya juga akan begitu bernilai jika saya turut berpindah.

‘Saya tidak terlalu memikirkan soal perpindahan. Walaupun mungkin ia bermain di fikiran saya (bahawa saya boleh menyertai Barcelona berikutan pemergian Neymar ke PSG). Banyak perkara telah terjadi pada jendela perpindahan kali ini. Ia merupakan perkara yang baik.

‘Setiap kali seseorang pemain meninggalkan kelab, pemain lain akan masuk untuk menggantikannya. Jika bukan saya, maka sekurang-kurangnya ia adalah orang lain. Tetapi saya berasa selesa ketika ini di Chelsea. Saya baru memulakan musim ke-6 saya di sini dan saya gembira. ‘

Hazard telah berada di Stamford Bridge sejak menyertai Chelsea dari Lille pada tahun 2012 dan mempamerkan peningkatan mendadak untuk menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia selepas peranan beliau yang sangat berpengaruh dalam memberikan dua kejayaan Liga Perdana bersama Blues.

Eden Hazard yang baru sahaja pulih dari kecederaan belum membuat sebarang penampilan bersama pasukan utama Chelsea, namun masih mendapat kepercayaan pengendali Belgium, Roberto Martinez untuk menyertai skuad kebangsaan Belgium bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Gibraltar dan Greece.

 

Sumber :

Metro UK (2017) – http://metro.co.uk/2017/08/31/chelsea-star-eden-hazard-jokes-hes-command-a-higher-transfer-fee-than-neymar-6893634/

Goal (2017) http://www.goal.com/en/news/hazard-im-worth-300-million-after-neymar-move/fk2k45buz5tf1kcf4shptdvyz

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN