Sri Pahang bakal membuat perhitungan seterusnya dalam aksi Liga Super 2023 dalam misi untuk terus mengekalkan rekod tanpa tewas mereka sehingga kini selepas mengharungi sembilan perlawanan.
Untuk aksi seterusnya, skuad kendalian Fandi Ahmad bakal berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) untuk menghadapi cabaran Terengganu yang boleh dianggap sangat mencabar.
Sesi perlawanan pemanas badan bagi persediaan untuk pertemuan menentang Terengganu FC pada 28 hari bulan ini #SriPahang#WhereLegendsAreBorn#HakkaClo#PosMalaysia pic.twitter.com/e1B5CX17gA
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) April 25, 2023
Terengganu yang masih segar dengan kekalahan pada perlawanan lalu ketika bertemu Selangor pastinya mahu mencipta kebangkitan semula, supaya tidak terus keciciran sebarang mata.
Manakala Sri Pahang pula, momentum positif yang dilakar mereka ketika mencatat kemenangan tipis mengatasi Kuching City pastinya ingin terus dikekalkan supaya dapat mengukuhkan kedudukan dalam saingan liga.
Pertahanan senior Sri Pahang iaitu Fadhli Shas menyatakan harapan supaya pencapaian rekod tanpa tewas itu mampu dikekalkan supaya pasukan berada di kedudukan terbaik mengatasi kelab lain.
“Sebenarnya, rekod tanpa kalah setakat ini adalah satu bonus buat kami sebagai motivasi untuk bermain dengan lebih baik.
“Bagi kami setiap perlawanan mendatangkan keputusan yang positif buat Sri Pahang,” katanya menerusi Harian Metro.
Pada masa sama, Fadhli juga berkata misi utama Sri Pahang kini ialah untuk beraksi dengan cemerlang serta melakar kemenangan mengatasi pasukan lawan.
Fadhli juga menyatakan jentera serangan Terengganu pada malam ini antara perlu diawasi sebaik mungkin terutama sekali Jordan Mintah.
Mintah boleh dianggap berada dalam prestasi terbaik ketika ini selepas unggul melakar gol dalam setiap perlawanan dihadapi bersama Sang Penyu.
Selain Mintah, dua lagi pemain serangan Terengganu yang sudah mula mempamerkan rentak positif di hadapan gol terarah kepada Ivan Mamut serta penyerang kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn.
🏁JUALAN TIKET ONLINE PERLAWANAN LIGA SUPER MALAYSIA 2023 KINI DIBUKA KEPADA SEMUA PENYOKONG🏁
Baca selanjutnya di 🔽🔽🔽https://t.co/Kfgbuao0T8#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/dXJuLB4PM3
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) April 25, 2023
“Kami juga selalu menganggap lawan kami adalah yang terbaik dan Sri pahang akan mempamerkan prestasi lebih baik.
“Pada masa sama, jentera serangan Terengganu turut menjadi perhatian terutama sentuhan pemain import, Jordan Mintah,” katanya lagi.
Menerusi kedudukan semasa, Sri Pahang kini berada di tangga ketiga Liga Super, sementara Terengganu di posisi keenam menerusi 13 mata telah dikumpul.